Resepi Telur Masak Rempah Yang Memikat Selera

Resepi Telur Masak Rempah Yang Memikat Selera. Assalamualaikum. Hidangan telur memang memikat selera jika kena gaya masakannya. Dari telur, macam-macam resepi kita boleh cuba kan. Telur goreng atau telur rebus, keduanya miliki peminat yang tersendiri. 

Kadang-kadang, Cik Rose sendiri akan masak hidangan telur. Makan dengan nasi panas-panas, boleh bertambah jadinnya. Bahaya juga. hihi.

Kali ini, Cik Rose berkongsi satu hidangan yang pastinya mudah disediakan.  Berasaskan rempah. Hanya menggunakan telur rebus!

Telur Masak Rempah Yang Pastinya Sedap!




Apa bahan-bahannya? Rumit ke? Eh pastinya tidak. Sangat simple ya. Boleh cuba sendiri, ya. 


Bahan-bahan yang diperlukan :

Telur - direbus dahulu
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah kari daging
4 sekawan
Garam
Air


Cara-caranya adalah :

Tumis dahulu 4 sekawan bersama-sama bawang putih, bawang merah dan halia yang diracik halus. Bila dah naik wangi,  masukkan bancuhan rempah daging. Biarkan hingga rempah masak. Kalau kering, boleh tambah sedikit air. Kemudian, masukkan telur rebus. Perasakan dengan garam. Biar hingga sedikit kering. Dah siap! 


Mudah sangat tau. Aroma tumisan rempah tu yang memikat selera! 




Telur rebus tu, terpulang pada selera masing-masing sama ada nak goreng sebentar atau tidak. Kali ini Cik Rose tak goreng.

Kalau suka, boleh masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Bertambah aroma masakan kita tu nanti. Hidangan ni tak pedas sangat, hanya bergantung pada rasa rempah itu sendiri. Kalau korang nak pedas, sewaktu menumis rempah tu, boleh tambahkan sedikit serbuk cili.


Selamat mencuba ya!


Boleh dimasak untuk sahur atau berbuka puasa. Kadang- kadang anak dah jemu makan ikan dan ayam. Sesekali masak macam ni guna telur, pembuka selera anak-anak. 


Selain makan dengan nasi, boleh juga dimakan dengan roti, lempeng dan lain-lain.  Waktu sahur, ada yang tak nak ambil nasi.  Bolehlah cuba resepi ni, cicah dengan roti. Sedap! 


Tak perlu masak berat-berat dan rumit. Yang simple-simple pun berjaya memikat selera tau. Asalkan kita pandai mengolahnya. 




1 comment:

Powered by Blogger.