SOP PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT DAN PASAR YANG PERLU ANDA TAHU

SOP PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT DAN PASAR YANG PERLU ANDA TAHU. Assalamualaikum. Dengar pengumuman dari Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang berlangsung, pada Sabtu.

Ramai yang mahukan kedai gunting rambut di buka. dan semalam ia telah diumumkan. Bolehlah korang ke kedai gunting rambut. Namun, jangan sembarangan pergi ya. Ada SOP dan peraturannya. Perlu ambil tahu, dan jangan ambil mudah. 

Antara perkhidmatan yang dibolehkan adalah gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.


SOP gunting rambut di rumah sama seperti di kedai



Harus diingatkan bagi golongan yang berisiko iaitu individu yang berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan umur lain. Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, ibu bapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang.




Pasar terbuka dan Pasar Malam antara dibenar beroperasi semula


Waktu pembukaan yang dihadkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka bermula 6 pagi hingga 11 pagi; pasar malam (4 petang - 10 malam) dan bazaria (5 petang - 11 malam).

Jarak sosial kedudukan gerai ditetapkan antara 1.5 hingga 2 meter dan lokasi kawasan perlu terbuka serta berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala.

Operasi pasar terbabit hanya dibenarkan secara 'take away' (bungkus dan bawa pulang), manakala peniaga perlu memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan dan topeng muka.

Peniaga makanan yang dibenarkan beroperasi juga tidak dibenarkan menyediakan meja makan. 

Peniaga dan pengunjung juga diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.



Post a Comment

1 Comments