Drama ini sedang ditayangkan di Astro Ria.
Cik Rose belum berkesempatan nak tengok drama ni lagi. Kekangan masa sedikit. Perlu cari waktu nanti.
Peminat-peminat Lisa dan Farid mesti tak sabar kan. Oh ya, nama watak Lisa adalah Rose. Bukan Cik Rose ya. hihihi.
Jom kita baca sedikit sinopsis drama ni :
SINOPSIS PELINDUNG SEORANG PUTERI
Mengisahkan Rose (Lisa Surihani) yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus (Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?
PELAKON : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson
SINOPSIS NOVEL PELINDUNG SEORANG PUTERI
Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.
Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung.
Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.
“Ada tak, rahsia yang awak sembunyikan dari saya?”
“Ada. Abang ada penyakit…”
“Hah? Penyakit apa?”
“Penyakit gila…” Saiful merenung tajam wajah isterinya. Rose kecut perut, janganlah dia mengaku hal sebenar.
“Gilakan Rose…” Saiful mengekek tawa, padahal jantung Rose bagaikan mahu meletup kerana terlalu takut.
“Jadi, berikan abang kasih sayang Rose agar abang selalu sihat…. “
Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca.

Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?
“Betapa aku derita mencintai seorang perempuan bernama Rose. Hanya satu cara untuk menghilangkan sakit yang aku rasa, kau harus mati! Kalau kau nak terus hidup, sentiasa sihatkan jiwa aku dengan kasih sayang kau. Jangan sesekali buat sesuatu yang aku benci. Faham?”

Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya?
Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih?
Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?
2 Comments
Macam best la pula bila baca sinopsis citer nih... nak tengok lah nanti... pelakon pun best2 juga..
ReplyDeleteMacam best la pula bila baca sinopsis... nanti nak tengok lah...
ReplyDelete