Monday, September 28, 2020

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 (𝗣𝗞𝗣𝗗𝗕) 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗧𝗨, 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨, 𝗞𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

P𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 (𝗣𝗞𝗣𝗗𝗕) 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗧𝗨, 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨, 𝗞𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛




Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula 12.01 malam ini (29 September 2020) sehingga 12 Oktober 2020 melibatkan seramai 962,661 orang penduduk. 


Dengan pelaksanaan perintah ini : 

 

1. Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan. 

 

2. Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan  

 

3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terlibat. 

 

4. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB.  

 

5. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup. 








Dari laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia: 


KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daeraha Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini. 


Ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan juga kluster baru di daerah-daerah tersebut. PKPDB ini akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk dari keempat-empat daerah.


Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. 


Saringan bersasar akan dilakukan bagi komuniti setempat dan kumpulan berisiko tinggi meliputi 5% daripada jumlah penduduk. 


KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di keempat-empat daerah ini dan pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB. Kerjasama daripada penduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.





Kes di Sabah makin meningkat. Dan wujud beberapa cluster. Sedih sangat dengan apa yang berlaku. Tak nak komen banyak, cuma Cik Rose sedikit kecewa. 



Buat suamiku yang bertugas di sana, jaga diri. Apa-apapun, moga baik-baik untuk kita semua. Mungkin ada hikmah.  3 bulan telah berlalu. 



Sabarlah duhai hati. 


2 comments:

  1. bukan kata di sabah je, tapi dah banyak negeri jugak yang mula dah ada kes... paling seriau bila di kl dan selangor dah mula ada kes juga

    ReplyDelete
  2. Elok la dibuat PKPDB.. patutnya kat semenanjung ni pun dah kena buat dah. Bukan kita nak sangat PKP tapi tu je cara nak bendung supaya virus tak menyebar

    ReplyDelete