SINOPSIS DRAMA RYAN ARALYN LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN RAYSHA RIZROSE DI TV3

SINOPSIS DRAMA RYAN ARALYN LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN RAYSHA RIZROSE DI TV3. Drama baru yang ditayangkan di TV3, jam 7 malam. 


Drama Ryan Aralyn menggantikan drama Pengantin Satu Malam yang telah berakhir. Drama terbaru yang disiarkan di TV3 ini adalah lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. 





Wahhh sukalah peminat Zul Ariffin. Boleh tengok lakonan Zul Ariffin lagi, selain drama Bidadari Kiriman Tuhan di Astro Ria. 


Cik Rose meminati lakonan Raysha Rizrose ni. Suka suara dia. Sedap je dengar. Jadi, rasanya  Cik Rose akan mengikuti perjalanan drama ni. hihi. 


Macam mana jalan cerita drama ni? Best ke tak? Ha, jom baca sinopsisnya. Bolehlah korang agak-agak, boleh layan ke tak. 



SINOPSIS DRAMA RYAN ARALYN

Drama ini berkisar tentang kesusahan Ryan (Zul Ariffin) dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. 

Ryan mempunyai pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. 

Hanis yang balik rumah pada waktu malam, tiba-tiba mengeluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.

Apa yang bakal terjadi? Apa yang akan Ryan lakukan? Siapa pula Aralyn? 

Ha, korang kenalah tengok drama ni ya. 



Info penuh drama Ryan Aralyn



JUDUL : RYAN ARALYN
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Qaisworks Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil




OST DRAMA RYAN ARALYN






OST DRAMA RYAN ARALYN | Sarah Suhairi & Aepul Roza Lirik Entah Apa (Official Music Video) 



Berikan aku waktu
Untuk aku ceritakan
Apa rasanya hati ini
Kau tinggalkan perlahan

Berikan aku raung
untuk aku meluahkan
rasa yang mendalam

Rasa yang takkan pernah
kau faham

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Haruman ini melemparku pergi
kembali pada bila
ku cuba melepaskan semua

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Berikan aku waktu
untuk aku meluahkan 
apa rasanya hati ini
yang kau bunuh perlahan


Selain lagu Entah Apa nyanyian Sarah Suhairi dan Aepul Roza ini, lagu Penat nyanyian Andi Bernadee juga menjadi lagu latar (ost) bagi drama ini. 



BACA JUGA boleh lihat lirik penuh lagu Penat nyanyian Andi Bernadee di sini : https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/09/lirik-lagu-penat-andi-bernadee.html?m=1



Selamat menonton!



2 comments:

  1. Lama tak tengok lakonan Raysha Rizrose! Boleh layan ni. huhu. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. Best la drama ni.Episod 1 dah best. Akak suka drama2 gini.drama orang kampung . heheh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.