Drama Angkara Cinta Episod 1 - Episod 70 (Astro Prima)

Drama Angkara Cinta Episod 1 - Episod 70 (Astro Prima).  Drama terbaru di Slot Tiara Astro Prima berjudul Angkara Cinta. Drama-drama di Slot Tiara ni memang panjang episodnya. Kena sabar menantilah. Angkara Cinta ni ada 70 episod dan telah mula disiarkan episod pertama pada 2 November 2020. 




Barisan pelakon yang membintangi drama Angkara Cinta adalah Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Nina Juren dan ramai lagi. Hun Haqeem tu Jekfer dalam Kampung People! 


Kalau tengok sekali imbas, Hun Haqeen dan Meerqeen  ni nampak macam adik beradik! hihi.


JUDUL : ANGKARA CINTA

EPISOD : 70
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD)
PENULIS SKRIP : Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said, Akmal Nahar
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Ayu Azlina, Hyrim Husni, Alynn Techen , Hadi Putra, Dayana Jasmin, Eden Lian, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Faha Azhar, Mazli Razali, Nasz Sally, Oshin Ahmad, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Darwish








WATAK PELAKON DRAMA ANGKARA CINTA

Hun Haqeem sebagai Luqman
Meerqeen sebagai Haqeem
Wanna Ali sebagai Adira
Yuna Rahim sebagai Jijie 
Syazwan Zulkifly sebagai Remy
Azhar Amir sebagai Razlan
Nina Juren sebagai Mariani
Sharifah Shahora sebagai Indah
Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
Ku Faridah sebagai Puan Liza
Alif Muhaimin sebagai Dino
Nur Auni Zahra sebagai Adira
Syed Irfan sebagai Luqman
Gen Darwish sebagai Haqeem





SINOPSIS DRAMA ANGKARA CINTA DI ASTRO PRIMA

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
 
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
 



Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.
 
Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?
 
Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?




LAGU TEMA / OST 
Lagu : Angkara
Penyanyi : Siti Nordiana 
Komposer : Sharon Paul 
Lirik : fedtri Yahya & nana Alias





Lirik Lagu Angkara - Siti Nordiana (OST DRAMA ANGKARA CINTA) 


Aku bagaikan
Merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan
Terlihat jelas rahsia hati
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini
Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua resah angkara dusa
Mengapa kau kembali merayuku
Aku pencinta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan
Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini
Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku
Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah
Mengenang takdir
Kini aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi (menghalangi)
Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku



Post a Comment

0 Comments