Thursday, November 19, 2020

MC DONALD | ORDER ICED MOCHA TAPI DAPAT ICED LATTE, RUPA-RUPANYA SALAH SENDIRI

MC DONALD | ORDER ICED MOCHA TAPI DAPAT ICED LATTE, RUPA-RUPANYA SALAH SENDIRI.


Assalamualaikum. Cik Rose memang penggemar kopi. Tak kisahlah, kopi O, nescafe, cappucino, latte atau mocha. Semuanya suka. Dan ada kopi-kopi dari jenama tertentu yang jadi pilihan Cik Rose.


Salah satu yang Cik Rose suka adalah iced mocha atau iced blended mocha dari Mc Donald. Emm sedap uols. Kalau makan di Mc Donald mesti akan tukar air. Kalau tak makan, tapi tekak teringin nak minum, sanggup order air sahaja. 


ORDER ICED MOCHA KEGEMARAN DARI MC DONALD


Officemate Cik Rose nak order Mc Delivery. So, kumpul order. Dek kerana masih kenyang, Cik Rose hanya order air. Tak nak makanan. Ice mocha jadi pilihan. Pilih yang large. Bila dicampur tax dan kos delivery, harganya lebih kurang RM12.++.


Tak sampai 30 minit, dah sampai. Terbaik sangat Mc Donald Batu Pahat. Terima kasih!  Wahhh bau ayam dan burger pilihan officemate, menusuk hidung. Sedapnya!



PESANAN RINGKAS DARI MC DONALD


Cik Rose capai iced mocha. Tak sabar nak minum. Di penutup cawannya, tertera tulisan MOCHA. Dibahagian tepi cawan, tertulis KEEP SMILE AND STAY SAFE.  Emmm I like! 


Cik Rose pun buka penutup. 


ORDER ICED MOCHA, BUKAN ICE LATTE


Aik, warnanya macam iced latte. Sekarang kan tiada straw. Jadi,Cik Rose terus minum. Pahit! Kecewa. Sedih. Alaaaa order mocha, kenapa dapat latte. 


Cik Rose tutup semula. Dan biarkan sebentar sambil buat kerja yang ada. Dalam pukul 1 tengahari macam tu, Cik Rose nak minum lagi airnya. Tapi, ais banyak dah cair. Jadi, Cik Rose pergi pantry office untuk ambil sudu. 


Then, Cik Rose kacau nak bagi ais tu sekata. Aaaaaa.... Cik Rose terkejut sendiri! 


Warnanya bertukar macam kat bawah!






RUPA-RUPANYA MEMANG ICED MOCHA!



Hahahhaha. Ini memang mocha! Malu sendiri Cik Rose. Kenapalah tadi tak teringat nak ambil sudu, untuk kacau. Memanglah tadi pahit, ala-ala latte. Sebab coklatnya di bahagian dasar cawan. Hahahaha..


Ampun bang Jago, Sorry bang Jago!

Hahaha.. Ampun Mc Donald.

Inilah air kesukaanku, Mocha ais/ iced mocha. 




Korang pun mesti ada kisah lucu sendiri kan? 

Kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita tu. Kan dah malu. Tapi, malu sorang-sorang takpe. 
Kalau bukan mocha pun, Cik Rose minum jer.. 


Sebab tak ada straw kan. Tu yang Cik Rose main minum je tanpa kacau, masa mula-mula tu. hahaha. 





2 comments:

  1. Nasib baik tak call komplin kat mcd

    ReplyDelete
  2. saya pernah terbawa balik burger orang lain sbb drive thru..
    dala banyak ada extra 2 bege.. x jadi makan patah balik p mekdi padahal da sampai umah.
    return balik n diorang kasi order asal.. kesian org yg order tu dpt order saya =(

    ReplyDelete