Friday, November 06, 2020

TELEFILEM CERAI LAKONAN SYAFIQ KYLE DI ASTRO CITRA

TELEFILEM CERAI LAKONAN SYAFIK KYLE DI ASTRO CITRA.  Sebuah telefilem / drama terbaru di Astro Citra berjudul Cerai.  Menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Siti Khadijah Halim, Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie pada Sabtu ini (esok) ,  7 November 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.




Gandingan pertama bagi Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie dalam telefilem ini. Berlakon pula sebagai watak suami isteri juga. Menarik kan. 


Baru-baru ni Cik Rose ada tonton rancangan Bawang Live di astro yang menampilkan Nana sebagai host.  Tetamu jemputan adalah keempat-empat pelakon utama telefilem ini, Syafiq Kyle, Siti Khadijah Halim, Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie.




Jadinya, Cik Rose dapat tangkaplah perjalanan cerita ni. Ada yang diceritakan serba sedikit oleh pelakon-pelakonnya. Cuma, nak tahu keseluruhan perjalanan cerita ni, kenalah tonton sendiri di Astro Citra Sabtu ni. 


Info mengenai telefilem Cerai di Astro Citra


JUDUL : CERAI

WAKTU SIARAN : Sabtu, 7 November 2020, 9:00 malam 
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENGARAH : Ariff Zulkarnain
PRODUKSI : Heritage Movies Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Siti Khadijah Halim, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Aloy Paradoks





Ada yang nak tahu sinopsis telefilem ni? Jom Cik Rose kongsikan. 


SINOPSIS TELEFILEM CERAI

Kisah 2 pasangan yang telah berkahwin yang memiliki kebahagian dan kedukaan masing-masing. Mampukah kebahagiaan berbelas tahun kekal bahagia dan perkahwinan yang baru setahun jagung yang goyah kembali bahagia apabila berdepan fasa PKP.


Menarikkan? Cerita yang berlata masa musim PKP. PKP itu sendiri ada pelbagai kesan dalam kehidupan kita. Ada yang suka, ada yang perit. Sukar nak digambarkan. Cuba kita lihat sekeliling. Pelbagai masalah yang dihadapi jiran, kenalan dan masyarakat kita. 


#musimPKP

No comments:

Post a Comment