Sunday, November 08, 2020

PKPB SELURUH NEGERI DI SEMENANJUNG KECUAKI PERLIS, PAHANG DAN KELANTAN BERMULA 9 NOVEMBER INI

PKPB SELURUH NEGERI DI SEMENANJUNG KECUAKI PERLIS, PAHANG DAN KELANTAN BERMULA 9 NOVEMBER INI




Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 NOV- 6 Disember 2020.


Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Ismail Sabri petang tadi, 7 November 2020. 




Sidang Khas hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan berkuatkuasa selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. 

Pelaksanaan PKPB di negeri-negeri Semenanjung ini juga akan meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November 2020.

Bagi negeri Kelantan, Pahang dan Perlis yang kini dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. (PKPB ), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan. 

Pergerakan rentas daerah di dalam ketiga- tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa. 





Bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM.

Pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali daerah Kuching. 

Layari laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut berkaitan SOP PKPB.


1 comment: