Monday, December 21, 2020

KDRAMA PENTHOUSE FULL EPISODE (WAR IN LIFE)

KDRAMA PENTHOUSE FULL EPISODE (WAR IN LIFE)


Bergenre thriller yang menegangkan, KDrama ini mengusung tema tentang kekayaan, perebutan kuasa dan kekuasaan. Mengambil latar tempat Hera Palace, sebuah apartemen penthouse mewah, drama ini menceritakan perjalanan tiga ibu dalam sebuah kehidupan dalam dunia ketamakan.




Shim Su Ryeon yang dilakonkan oleh Lee Ji Ah merupakan wanita elegan kelas atas yang lahir dalam kekayaan. Ia digambarkan bak ratu apartemen penthouse. Serius, lawa Lee Ji Ah ni. Sesuai benar wataknya sebagai orang kaya. 


Suaminya Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon) merupakan orang yang berjaya dalam perniagaan. Jahat sangat watak Joo Dan Tae ni. Geram je tengok. Macam tak ada perasaan langsung bila dia buat jahat tu. 


Cheon Seo Jin yang dilakonkan oleh Kim So Yeon merupakan wanita sombong yang juga lahir dari keluarga kaya. Dari muda zaman sekolah dah jahat. Sampailah bila dah berkahwin. Curang lagi! Tapi, karektor dia dalam Running Man elok jer. Nampak lemah lembut. Kira menjadilah lakonan dia kan dalam Penthouse ni.  


Cheon Seo Jin berkahwin dengan Ha Yoon Cheol (Yoon Jong Hoon), seorang doktor. Handsome je doktor ni. Tapi,  jahat juga. Adalah sikit wataknya, tapi tetap jahat yam 


Berbeza dari dua watak di atas, Oh Yoon Hee yang dilakonkan oleh Eugene lahir dari latar belakang keluarga yang miskin. Dia bekerja keras demi kejayaan anaknya dan berkeinginan untuk menjadi sebahagian dari 'kelas atas'. Dia menurut sangat keinginan anak dia yang nak jadi orang kaya!


Akankah Shim Su Ryeon dan Cheon Seo Jin dapat mempertahankan posisinya di kelas atas? Atau akankan Oh Yoon Hee berhasil untuk menaikkan statusnya dengan menjadi sebagian dari kelas atas?


Korang kenalah tonton sendiri perjalanan drama Penthouse ni. Di Korea, ia ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa. Kalau di Malaysia, lewat sehari ya melalui channel One HD 393. Iaitu pada hari Selasa dan Rabu. 




INFO DRAMA PENTHOUSE


  • Judul: 펜트하우스 / penteu hauseu / Penthouse / The Penthouse / Penthouse: War In Life
  • Genre: Ketegangan, Drama
  • Negara: Korea Selatan
  • Sutradara: Joo Dong Min
  • Produser: –
  • Penulis Naskah: Kim Son Ok
  • Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
  • Channel TV: SBS
  • Jumlah Episode: 20

Watch Penthouse (War In Life) Full Episode with English Subtitles



BARISAN PELAKON DAN WATAK DALAM KDRAMA PENTHOUSE


Lee Ji-Ah sebagai Sim Soo-Ryeon
Kim So-Yeon sebagai Cheon Seo-Jin
Eugene sebagai Oh Yoon-Hee
Uhm Ki-Joon sebagai Joo Dan-Tae
Yoon Jong-Hoon sebagai Ha Yoon-Cheol
Park Eun-Seok sebagai Goo Ho-Dong
Bong Tae-Gyu sebagai Lee Kyu-Jin
Yoon Joo-Hee sebagai Go Sang-A
Shin Eun-Kyung sebagai Kang Ma-Ri

No comments:

Post a Comment