Monday, February 22, 2021

DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 3

DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 3

Drama terbaru bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri di tayangkan di slot Samarinda TV3. Drama ini dibintangi oleh Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, dan Atiq Azman. Drama bergenre seram ini mempunyai 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Ditayangkan mulai 17 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.



TONTON ONLINE DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1 HINGGA EPISOD AKHIR


Episod 1 Aku yang kau gelar isteri

Episod 2 Aku yang kau gelar isteri

Episod 3 Aku yang kau gelar isteri



SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. 

Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?


INFO DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI

JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production


PELAKON AKU YANG KAU GELAR ISTERI

PELAKON : Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nodin, Baby Azreen, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Razali Abdul Ghani, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran





OST DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Lagu Purnama - Naim Daniel

Lirik lagu Purnama

Tak terungkap kata
Menyedari masa
Ke mana perginya dia

Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima

Gantikanlah jika ini
Yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya

(Chorus)
Ku rindukan purnamaku
Doaku ‘kan bersamamu
Semoga hatimu ‘kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhanku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhanku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada Mu
Kuatkanlah hatinya

(Chorus)
Ku rindukan purnamaku
Doaku ‘kan bersamamu
Semoga hatimu ‘kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhanku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhanku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Ku rindukan purnamaku
Doaku ‘kan bersamamu
Semoga hatimu ‘kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhanku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhanku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Aku perlu dia
Aku perlu dia




Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bergenre seram. Penuh dengan permainan perasaan. Benci dan dendam menjadi tonggak utama sehingga membuatkan Laila terjebak dengan ilmu hitam.  Rasa kasihnya pada Eizlan telah ditolak.  Eizlan memilih Raihani iaitu kawan baik Laila sendiri sebagai isteri. 

Drama seram-seram macam ni, memang tidaklah Cik Rose nak mengikutinya. hihi. Tak berani. Kita tengok dekat selingan di instagram je la. 




No comments:

Post a Comment