Tuesday, January 18, 2022

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Untuk Bangkit

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Untuk Bangkit     

Tahun 2021 menyaksikan pelbagai kisah perjalanan kehidupan apabila kita diuji dengan pandemik yang masih belum berakhir. Ditutup pula dengan musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Ramai yang terkesan dengan situasi ini. Saban hari, ada saja perkongsian kisah perit jerih mereka yang terkesan di media sosial. Sejujurnya hati Cik Rose terusik setiap kali membacanya. 

Memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana, termasuk golongan usahawan. Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil untuk membantu meringankan beban mereka. 


Diuji dengan Covid 19 bukan sesuatu yang mudah untuk diharungi

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ujian yang datang bukan satu titik noktah untuk berhenti berjuang. Gambaran ini sangat tepat untuk diberikan pada pengasas RichWorks ini bila mana beliau bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan Osman meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Jika kita di tempat beliau, bolehkah kita untuk terus memantapkan minda untuk terus berjuang? Tapi itulah yang dilakukan oleh beliau. 


Alhamdulillah, berkat doa dan rasa tidak berputus asa untuk ingin terus hidup, berkat keajaiban kuasa Allah SWT, keadaan beliau semakin baik dari hari ke hari.  

Bagi Dr Azizan Osman, ini adalah peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk digunakan sebaiknya bagi memberikan lebih manfaat lagi kepada golongan usahawan, terutama dalam bimbingannya.

 

Terus bergerak dengan inisiatif hebat untuk membantu para usahawan

Tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan Osman tidak membuang masa, sebaliknya terus komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang secara alam maya!

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.



Secara keseluruhannya, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya  pada tahun lalu.

 

RichWorks Turut Menjayakan Program Hebat Untuk Membantu Golongan Usahawan Wanita


Apa yang lebih membanggakan, salah satu programnya iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) turut mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 



Kempen RichWell - sumbangan kepada masyarakat

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.



Dalam pada itu, syarikat  ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).




Melalui program bimbingan Spire, pihaknya menyuntik semangat usahawan dengan membantu para usahawan untuk mencapai jualan RM1 juta pertama setahun. Sebanyak 72 usahawan telah berjaya mencapainya.

 

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.




Mengenai RichWorks - Siapa mereka dan apa kaitannya dengan Usahawan?


Untuk pengetahuan bersama, RichWorks merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.



Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Di sini juga, Cik Rose kongsikan video perjalanan dan perjuangan RichWorks sepanjang tahun 2021. 





Kesimpulan

Kita sebagai manusia biasa ini, jangan hanya tahu menyalahkan semuanya kepada takdir. Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang, maka ujian yang diberikan hendaklah kita tempuh dalam bentuk sebuah perjuangan.

Jadikan perjalanan dan perjuangan RichWorks di tahun 2021 sebagai pembakar semangat. Walau pengasas diuji dengan ujian yang agak berat namun semangat tetap ada untuk terus menapak dengan berani. 

Bantuan pertolongan yang disalurkan kepada masyarakat  yang terkesan akibat pandemik dan banjir, Cik Rose dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai golongan usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. 

Aamiin. 






3 comments:

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  2. usahawan bangkit bersama Richworks..good job Richworks..:)

    ReplyDelete
  3. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete