Masak sendiri sambal udang petai, lebih puas makan. Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Ada ke penggemar udang macam Cik Rose? Kalau nak beli udang yang sudah di masak di kedai makan agak mahal juga harganya. Kaau setakat seorang makan, bolehlah. Kalau keluarga besar, menggigil juga mak membayar. Hihi.
Cik Rose memang penggemar udang. Apa-apa masakan berasaskan udang, memang suka. Udang goreng, sambal, masak lemak, dan lain-lain. Minggu lepas, ada rezeki petai pemberian kawan suami. Jadi, apa lagi. Cik Rose pun masaklah sambal udang petai.
Resepi Sambal Udang Petai Yang Mudah dan Sedap
15 ekor udang
Petai - ikut citarasa nak letak banyak ke sikit. Boleh je masak sekali dengan kulit. Tapi, kali ni Cik Rose buang kulitnya.
Bawang putih dan bawang merah - tumbuk
Cili kisar
Sedikit gula, garam dan perasa
Asam keping atau air asam jawa
Itu sahajalah bahan-bahannya. Mudah sangat kan?
Tumis campuran bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak, masukkan asam keping atau air asam jawa. Biarkan seketika. Masukkan udang. Bila hampir masak, masukkan petai. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kalau nak sambal berkuah sikit, letak air sikit. Kalau tak nak, biar sahaja. Akan jadi sambal tumis kering.
Dah siap, makan pula dengan nasi panas-panas. Letak kicap. Alahai, sedapnya. Bahaya makan gini, boleh terlajak menambah nasi. Opsss hikhik.
Selamat mencuba.
Video sambal udang petai:
Jemput follow, like, komen dan copylink tiktok Cik Rose. Terima kasih .
1 Comments
PH pun baru 2-3 hari lepas buat sambal tumis udang...tapi petai takde. Itupun bertambah -tambah juga nasi :D
ReplyDelete