CERITA CHICCO | MUNGKINKAH ANAK BONGSU. Assalamualaikum. Lama pula ambil masa nak bercerita mengenai anak-anak comelku. Entah apa yang disibukkan, tak pastilah.
Kali ini, kena nekad menulis. Kalau bertangguh, makin banyaklah tertinggal ceritanya. Eh bertambah lagi anak? Haritu cakap, cukuplah tiga. Tiba-tiba muncul lagi seekor? Biar betul?
Ya, benar sekali. Inilah realiti, bukan fantasi. Gituuuu.
Tepat sekali cakap orang. Takde cukupnya seekor kalau jaga kucing ni. Makin hari, kian bertambah!
Cik Rose dah ada 4 ekor anak-anak comel. Tak sedar uols. Hikhik.
Memperkenalkan anak bongsuku (yeke ni? 😂).
Chicco d’ Fluffy. Nama tak nak kalah dengan abang-abang dan kakaknya. Hihi.
...........
Anak pertama : Kitty. 2 tahun 5 bulan. Kejap je rasa. Boleh baca cerita Kitty di sini --- Cerita Kitty
Anak kedua : Muffin 1 tahun 2 bulan. Alahai adikkkk. Dah besarlah... Boleh baca cerita Muffin di sini --- CERITA MUFFIN
Anak ketiga : Puteriku sayang. Namanya Layla Dahlia. 11 bulan. Anak daraku, diva selalu. Boleh baca cerita Layla di sini --- CERITA LAYLA
Latar belakang Chicco
Hadir di rumah pada 10 Jun 2022, berusia 3 bulan. Asal Batu Pahat. Lain-lain daerah semuanya ya. Kitty (Muar), Muffin (Kluang) dan Layla (Johor Bahru). Chicco ni berbaka British Short Hair(BSH) dengan warnanya adalah bicolor.
Alhamdulillah, sejak hari pertama di rumah, Chicco dah mesra dan manja. Sehingga hari ini, aktif bermain dan asyiklah berkejaran. Selera makan, Alhamdulillah.
Macam mana boleh berikan nama Chicco? Suami Cik Rose yang letakkan nama tu. Berebut sebenarnya nak letak nama pun. Awalnya, Cik Rose nak letak nama Fluffy. Tapi, suami nak Chicco. Cik Rose beralah je. Hihi. Tapi,lekatlah nama tu. Chicco d'Fluffy.
Anak bongsu katanya!
Tak berani Cik Rose nak mengiakan atau menidakkan. Biarlah masa yang menentukannya.
Kehadiran Chicco menyinari lagi kehidupan Cik Rose dan keluarga. Mudah sahaja Chicco ni. Pandai bawa diri. Makan tak memilih. Terima seadanya.
Rutin harian, bertambah. Insyaallah, doakan yang baik-baik buat kami.
Chicco ni pandai sesuaikan diri. Boleh bergaul mesra dengan Kitty, Muffin dan Layla. Alhamdulillah.
Kalau nak tengok perkembangan anak-anak comel Cik Rose ni, bolehlah follow Cik Rose di tiktok ---- @cikrose9
Terima kasih!
0 Comments