Monday, September 04, 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 66 TAHUN MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 66 TAHUN MALAYSIA . Assalamualaikum. Macam tertinggal bas pula Cik Rose ni. Ucap Merdeka pada 04 September 2023. Eh tidaklah. Boleh je, kita pun nak menuju ke Hari Malaysia pada 16 September ni kan.



Di sini, Cik Rose ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 6 tahun buat semua rakyat Malaysia. Fahami maksud kemerdekaan, dan terapkan di jiwa. Kita semua anak Malaysia. 


Tema hari kemerdekaan pada tahun ini (2023) adalah Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.


Tahun ni, Cik Rose menyertai perarakan sempena kemerdekaan di Batu Pahat. Pengalaman manis buat diri Cik Rose. Mewakili Jabatan / tempat Cik Rose bertugas. Kontijen kami gabungan beberapa Jabatan yang terdapat di dalam bangunan yang sama. Dari Jabatan Cik Rose, ada pegawai yang terdiri dari   2 lelaki dan 2 wanita. 


Seawal jam 6.30 pagi, Cik Rose dah bergerak dari rumah ke Dataran Batu Pahat. Ada beberapa kategori pertandingan yang ada. Antaranya pertandingan perbarisan, perarakan, sepanduk, dan lain-lain. 


Ada pelbagai pasukan beruniform, jabatan, pihak swasta, mukim, sekolah, pusat pengajian tinggi dan lain-lain. Kemeriahannya cukup terasa. Dapat melihat dengan mata sendiri, puas hati Cik Rose. Dengan alunan muzik dari pancaragam. Terasa semangat patriotik mengalir dalam diri.Kira-kira jam 11 pagi, tamatlah perarakan kemerdekaan ini. 



Di sini Cik Rose kongsikan lirik lagu Malaysia Madani yang telah dinyanyikan oleh Kumpulan Bunkface. 


Malaysia Madani Nyanyian Kumpulan Bunkface

Peradaban kita bangunkanBina kota bina insanDari budi jadi budayaBina asas kemampananKesejahteraan masa depan
Ayuh seluruh anak pertiwiBangunkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwiSemarakkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani
Keyakinan jadi ikutanPendirian jiwa ihsanNilai hormat teras di mindaDaya cipta luar biasaKesejahteraan masa depan
Ayuh seluruh anak pertiwiBangunkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwiSemarakkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani
Malaysia, Madani!Malaysia, Madani!Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!Malaysia, Madani!Malaysia Madani

No comments:

Post a Comment