LIRIK LAGU SEDIH HATI - MALIQUE
Sedih hati tak
terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan
Kritikal,
deteriorasi mental
Fizikal, diragut reaksi dangkal
Tipikal egotistikal
Dasar dajal hipokritikal
Diari apokaliptikal dari diarea politikal
Diganti lampin
sambung ratah mana praktikal
Teatrikal, balada farmaseutikal
Dek badut-badut bangku muzikal
Yang kemaruk
menagih puji, bertanding suci
Kita meratap, menangis, mengemis ruji
Atap diranap gergasi geng beruk tuli
Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli
Moga segera
berakhir gawat (amin)
Semoga semua derita dirawat (amin)
Yang istiqamah semoga dirahmat (amin)
Yang ruwaibidhah semoga dilaknat
Sedih hati tak
terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan
Apa rasanya gah di
rumah agam?
Apa rasanya lena tidur malam?
Apa rasanya hidup diampu khadam?
Apa rasa jamu darah daging resipi haram?
Apa rasa fantasi
jadi dewa?
Annunaki kebal istimewa, hah
Kakistokrasi, duta neraka
Baka derhaka, punca malapetaka
Ketawakan yang
mati, persendakan yang parah
Yang lumpuh dipenjara, diseksa, diseranah
Yang maling, alim dan zalim Pak Pandir mendominasi
Serebrum di patella tular sensasi
Apa rasa roh tanpa
empati
Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi
Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi
Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri
Maaf tuan hamba
kebuntuan
Kalau tuan di angkasa bercumbuan
Salam dari warga kemurungan
Moga ditulah tuan seketurunan
Sedih hati tak
terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan
Ambil darah, ramu
racun
Sudah ludahkan jamu diadun
Satu-satu gugur terkubur
Pupus yang zalim tinggal yang luhur
Rasis, fasis,
narsisis fasik
Bergayut di sarkis si spastik fantastik
Kuasa bergayut di tali halimunan
Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan
Mobilisasi, mulakan
draf, fisabilillahi rapatkan saf
Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf
Kiri dan kanan tembok batu biasa-biasakan
Namanya karma, namanya tulah nah kau rasakan
Sedih hati tak
terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan
BIODATA MALIQUE
Cairel Adrin
Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique atau The General (lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi,
komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau
merupakan bekas ahli duo hip
hop Too Phat bersama Joe Flizzow. Selepas duo itu dibubarkan pada 2007,
Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, Beliau lebih
selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di
mana-mana media cetak dan elektronik.
#MALIQUE
#SEDIHHATI
0 Comments