Wednesday, January 31, 2024

Sinopsis Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah - TV3

SINOPSIS Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah di TV3.| Drama terbaharu di slot Akasia, ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ terbitan oleh Zeel Production, diinspirasikan daripada novel ‘Aku Cinta Dia’ karya novelis Sharifah Abu Salem. Drama ini telah disiarkan bermula pada 9 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan boleh juga distrim melalui iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen.



Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang mempunyai 28 episod diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Drama ini menampilkan barisan pelakon yang tidak asing dari dunia hiburan seperti Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite dan ramai lagi.


Info Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd




Sinopsis Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah


Dania terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri. Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Qabil. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?



Watak Pelakon Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah

Rita Nadira sebagai Dania
Aniq Suhair sebagai Iqbal
Aidit Noh sebagai Qabil
Zamarul Hisham sebagai Safuan
Mas Anizan sebagai Kayra
Ezany Nizariff sebagai Hussin
Azza Elite sebagai Hajah Maryam
Serene Claire sebagai Julia
Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri




Lagu OST

Tajuk: Hanya Tuhan Yang Tahu
Artis: Awi Rafael
Komposer & Lirik: Manis Helma / Zuryati Isa


#drama #sinopsis 

1 comment: