INI TANDA KUCING AKAN PERGI TINGGALKAN KITA YANG PERLU KITA TAHU.
Buat pemilik kucing, saat kehilangan haiwan kesayangan ini merupakan satu detik yang sangat memilukan. Cik Rose sendiri ada pengalaman kehilangan anak bulus. Sejujurya, ia sakit. Sakit memikirkan perpisahan itu, tak sanggup sebenarnya. Lama Cik Rose ambil masa nak tenangkan hati, nak belajar menerima permergian mereka.
Orang yang belum alami, mungkin belum mengerti rasa nya bagaimana. Namun, percayalah tiada siap yang sanggup untuk memikirkan dan merasainya. Sebagaimana besara pun kita menolak, kita harus bersedia. Kita perlu tahu beberapa tanda kucing kesayangan kita itu akan pergi meninggalkan kita.
Kebiasaannya, sebelum kucing mati, ia akan menghilangkan diri daripada rumah dan ramai percaya ia berbuat demikian kerana tidak mahu orang kesayangannya berasa sedih dan meratapi kematiannya. Kebiasaannya ini terjadi jika kucing anda jenis yang bebas keluar masuk rumah. Namun, jika kucing indoor bagaimana?
Jom, Cik Rose kongsikan beberapa tanda fizikal, perubahan tingkah laku dan tanda akhir kematian anak bulus. Cik Rose ambil dari beberapa website. Terima kasih banyak untuk empunya info yang sudi berkongsi ilmu ini.
Tanda tanda fizikal:
· Pernafasan tersekat dan berbunyi kuat. Sangat sedih untuk melihat keadaan anak bulus jika pernafasannya seakan tersekat. Tak sanggup melihat ia dalam keadaan yang sakit.
· Bulu yang tidak terurus. Kebiasaannya, bulu menjadi tidak terurus, seakan-akan kusut. Keadaan ini kerana mereka dah tak larat menguruskan diri sendiri.
· Hilang selera makan dan minum. Tiada lagi selera nak makan dan minum. Hatta makanan kegemaran pun mereka tidak jamah.
·
Kekurangan berat badan. Badan nampak susut dek kerana sakit dan juga kurang/tidak makan dan minum.
·
Sawan. Sesetengah anak bulus akan diserang sawan.
· Lebih banyak tidur. Anak bulus menjadi tidak aktif untuk bergerak atau bermain. Lebih banyak masa dihabiskan dengan tidur.
·
Kekerapan kencing dan buang najis. Mereka lebih kerap terasa nak kencing dan buang air besar. Perubahan ni memang kena alert. Ini antara tanda besar anak bulus kita tak sihat.
·
Masalah kawalan kencing yang lemah. Sekejap-sekejap rasa nak kencing. Sama ada mereka kencing merata atau kerap pergi ke pasir.
·
Berbau. Kucing yang tidak sihat selalunya ada satu bau yang tidak enak, cepatlah bertindak.
·
Penurunan suhu badan. Badan mereka akan menjadi sejuk. Anggota pertama yang terjejas dengan perubahan suhu adalah telinga.
Perubahan tingkahlaku:
·
Menyembunyikan diri. Mereka lebih suka menyembunyikan diri dari pemiliknya. Menyorok di suatu tempat yang gelap dan suka dilihat oleh pemiliknya. Contohnya bawah meja, tepi sudut almari, dan lain-lain.
·
Perubahan dalam fungsi kognitif seperti keliru. Seakan-akan blur. Kita boleh nampak riak wajah mereka seolah-eolah keliru dengan sekeliling.
·
Kurang bersosial dan suka berdekatan dengan pemilik. Ada juga kucing yang tak menyorok. Tapi, lebih suka berdamping dengan pemiliknya. Duduk di atas riba atau baring di sebelah pemiliknya.
·
Hilang minat terhadap apa sahaja. Kalau kita ajak bermain pun, mereka dah tak nak. Bagi treats/jajan kegemaran mereka, tak nak juga.
·
Menangis. Ada sesetengah kucing yang akan mengalirkan air mata Aduhai, sedihnya.
Tanda akhir kematian:
·
Tiada nadi
·
Tiada denyutan jantung
·
Tubuh sejuk
·
Mata tidak bergerak
·
Anak mata membesar dan tidak respon kepada cahaya
·
Kelopak mata buka sedikit
·
Rahang yang rileks
·
Pengeluaran air kencing dan najis
1 Comments
good sharing
ReplyDelete