TONTON DRAMA ANDAI TIADA DIA LAKONAN UMMI NAZEERA DAN HISYAM HAMID.| Drama adaptasi novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim. Andai Tiada Dia telah mula disiarkan pada 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104). Juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.
Sinopsis Andai Tiada Dia
Mengisahkan pasangan Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi tersebut, Suri memohon izin daripada Haikal untuk melakukan rawatan IVF, namun Haikal tidak berminat kerana sudah bahagia dengan kehidupan mereka tanpa anak.
Namun, keadaan berubah apabila kematian Hisyam, abang kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi yang masih kecil. Kehadiran bayi ini menyentuh hati Suri yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, dalam kehidupan mereka mula merumitkan segalanya apabila Intan dan Haikal mula menjalinkan hubungan sulit, menambahkan lagi konflik dalam rumah tangga mereka.
INFO DRAMA ANDAI TIADA DIA
Episod: 36
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama Andai Tiada Dia
Hisyam Hamid sebagai Haikal
Ummi Nazeera sebagai Suri
Mimi Lana sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Lagu Tema (OST) Drama Andai Tiada Dia
Lagu: Nurcinta
Artis: Amir Masdi
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abdul Halim
Komposer: Amir Masdi & Edry Abdul Halim
SINOPSIS NOVEL ANDAI TIADA DIA
Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam.
Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.
Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.
“Suri ralit curahkan kasih sayang kepada dia sehingga Suri lupa yang abang ni suami Suri, abang pun perlukan perhatian Suri. Tapi Suri abaikan keperluan abang. Khilaf abang Suri nampak, khilaf Suri bagaimana pula?” – HAIKAL
“Dalam ramai-ramai wanita dalam dunia, mengapa harus dia?”- SURI
Dugaan datang lagi, tatkala dia baru menerima hakikat yang dia sudah kehilangan Haikal. Hadirnya ‘dia’ terpaksa Suri rahsiakan. Dalam pelarian demi melindungi ‘dia’, Suri bertemu semula dengan lelaki yang pernah membantunya.
“Setiap kali saya jumpa awak, mesti awak dalam kesusahan dan perlukan pertolongan. Saya rasa, saya ni dah ditakdirkan bakal jadi penyelamat awak untuk seumur hiduplah.” - FALAH
Rahsia yang disimpan akhirnya diketahui Haikal tanpa sengaja. Haikal datang menuntut hak, menuntut untuk menjalankan tanggungjawab.
“Habis tu, Suri nak hidup sebagai janda dan besarkan anak kita tu? Tak malu ke dengan pandangan orang nanti? Pandangan orang kepada Suri, abang tahu yang Suri tak akan peduli. Tapi, pandangan orang pada anak kita tu nanti, Suri sanggup nak tanggung?”- HAIKAL
Suri lelah. Haikal mendesak tidak susah-sudah. Falah pula datang menuntut janji yang sudah dipateri.
“Habis tu, kenapa Suri seolah-olah tidak suka bila berjumpa saya? Bukankah itu benci namanya? Panggilan saya tidak pernah Suri jawab, mesej saya, sepatah pun tidak Suri balas. Suri marahkan saya ke?”- FALAH
Suri bingung. Di sana Haikal di sini, Falah Haruskah dia menjadi seorang ibu yang mementingkan diri seperti mana yang dituduh Haikal, atau memilih untuk mencari bahagianya sendiri?
0 Comments