Sarapan Nasi Kerabu

Assalamualaikum. Sarapan. Kalau hari bekerja, selalunya memang Cik Rose beli di kantin sahaja. Lebih mudah dan lebih cepat. Kadang-kadang sahaja ada kesempatan, beli di luar. 


Kalau hari cuti pula, akan bersarapan di luar jika suami ada atau kawan-kawan mengajak sarapan di luar. 


Kali ni, nak kongsikan menu yang jarang-jarang Cik Rose makan untuk sarapan. Menu yang berat, iaitu Nasi Kerabu. 



Sedikit kelainan pada hidangan nasi kerabu ni bagi Cik Rose. Ia dihidangkan dengan mihun warna pink. Pertama kali Cik Rose jumpa. 


Menarik ya. Kalau kat tempat lain, ada tak yang macam ni? Sebab ni pertama kali yang Cik Rose jumpa. 


Untuk lauk, Cik Rose pilih ayam bakar kali ni. Alhamdulillah, sedap. Hidangan nasi kerabu di kedai ni, memang banyak. 



~ Bersangka baiklah kita pada orang di sekeliling kita. Namun, jangan pula kita dipijak-pijak. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh kagum lah orang yang boleh makan berat untuk breakfast ni.

    ReplyDelete