MELAKA PART 1 : MENARA TAMING SARI, MELAKA

Assalamulaikum.
Percutian ke Melaka. Sebenarnya percutian ni tak dirancang pun. So, memang tak ada persediaan apa-apa la kan. Main redah gitu je.. 

Kami sampai Melaka dah pukul 9.30 malam macam tu la.. Keluar je highway Air Keroh, terus menuju ke Bandaraya.. Ikut signboard je.. Pastu sampai kat Menara Taming Sari.. Senang je nak jumpa. Tempat -tempat kat Melaka memang senang nak cari... Kebanyakannya setempat je. So, apalagi kan. Parking kereta tepi jalan... Ada pakcik-pakcik dan abang-abang beca jugak kat situ... 


Perkara pertama kitorang lakukan mestilah bergambar kan.. hihihi.. Sebab masa kitorang sampai kat situ dah pukul 10.00 malam. Nak naik Menara tu dah tak boleh. Sebab dia tulis tutup pukul 10 malam. Hampanya hati ni... Sebab kalau dapat naik malam lagi best dari siang.. Pemandangan cantik, ada lampu bagai.. hihihi...


Dalam dok bergambar tu, tetiba tengok ada je orang yang naik.. Eh, boleh lagi la.. Rupanya jam kitorang ni cepat 10 minit.. hihi. Terus gi kaunter untuk dapatkan tiket. Harga tiket RM 10 untuk dewasa. Masa kat kaunter tu, dorang akan tanya kita dari mana. Kalau dari dalam Malaysia, bayarannya RM 10. Kalau dari luar Malaysia , bayarannya RM20.

Bukti tiket :-


Dekat tiket tu dia akan tulis kita ni dari mana.. Masa dia tanya kami dari mana, dengan spontan terkeluar dari Kedah.. Sebab tu kat tiket tu dia tulis Kedah.. Suami saya tanya saya, kenapa tak cakap dari Johor?.. hihi.. Mungkin sebab kami asal Kedah, tu yang dah biasa sebut Kedah :)

Best jugak naik Menara ni.. Cantik je pemandangan.. Boleh nampak kat bawah tu.. hihi..( biasalah tak pernah naik, bila dapat naik, seronok bukan main la kan )...




** Abaikan kualiti gambar :)








Kalau anda ke Melaka, jangan lupa naik Menara Taming Sari ni :)






Post a Comment

10 Comments

  1. dulu pegi melaka tak naik pon menara taming sari ni..tak tahu pon ade..haha

    nanti nak pegi lagi melaka..seronok!!

    ReplyDelete
  2. seronoknya...dah lama tak jejak kaki kat melaka ni,kena pegi jugak nanti nih

    ReplyDelete
  3. lepas ni g melaka nk naik ni lah.xpenah naik ag.hee.

    ReplyDelete
  4. saya ni nama je org Melaka, tp x pernah lg naik menara ni. hahaha. jakun kejap! mana taknya, balik rumah parents, mmg x keluar g mana2 pun

    ReplyDelete
  5. teringin nk p tower ni tp x dpt lagi... tunggu bulan jtoh ke riba kot he3

    ReplyDelete
  6. salam kenal.....
    wah p jln2 ye....ank akak suka sgt naik MTS ni..last year tiap2 bln mesti kena singgah situ....he3X...

    ReplyDelete
  7. deqla penah naik masa join gathering kat melaka tahun lps.. hihi.. mmg best..gayat nk tgk kat bawah tp gigih la jugak nk merasa punya psl kan...hihi

    ReplyDelete
  8. mcm best je naik waktu malam. cikna naik waktu petang. panas je. huhu..

    ReplyDelete