RESEPI GULAI UDANG SEDAP

July 23, 2013



Selamat malam kawan-kawan. 

Niat dihati ni nak post entry ni siang tadi. Tapi, tak terpost pulak. hihi. Resepi Gulai Udang Mabeless. Ecewahh nama.. nak glemeress aje.. Ni lauk berbuka untuk semalam..  Selalu udang ni saya asyik masak sambal atau masak kunyit. Kali ni nak bertukar selera. 

Jom semak resepinya ye. Mana tahu, ada yang berminat.. Sekali sekala masak sesuatu yang kita tak pernah masak kan...

Bahan-bahannya :

Bawang putih
Bawang merah
Halia
(dihiris ye)

Kayu manis
Buah pelaga
Bunga Lawang


Cili besar
Tomato
Cili kisar
Serbuk kari (dibancuh dengan air dulu)
Air asam jawa
Santan
Daun kari

Kentang
Lobak merah a.k.a carrot (hihi)
Garam
Udang

Cara-caranya :

1) Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Bila dah wangi, masukkan bawang dan halia yang dihiris.

2) Bila dah wangi, masukkan cili kisar. Biarkan sampai cili tu masak.

3) Kemudian,masukkan serbuk kari. Kacau tau. Masuk air  sikit. 

4) Lepas tu,masukkan daun kari, kentang dan carrot. Biarkan sampai empuk.

5) Bila dah agak-agak empuk, masukkan udang, dan air asam jawa.

6) Dah tu baru masukkan santan. Kacau dengan perlahan. Perasakan dengan garam. Masukkan tomato dan cili besar. Dan sedia untuk di makan :-)



Selamat Mencuba kawan-kawan.


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH



You Might Also Like

18 comments

  1. Semalam okje menerai buat butter prawn.... Tp serdaknya masih tak menjadi halus lagi! Huh...

    ReplyDelete
  2. amboi sedapnya..lama xmakan udang

    ReplyDelete
  3. mmg nampak mabeles pun.. sesuai ngan nama. huhu..

    ReplyDelete
  4. budak2 kt umh zara ni suka la msk letak udang ni..=D

    ReplyDelete
  5. kalu dh namanyer udang msk hapa pun sedap dik... betul tak?

    ReplyDelete
  6. rajin ros masak.. kalau la kak fifi dekat.. da request nak berbuke kat sane..

    ReplyDelete
  7. menarik...buek den terlior jo nie...hehehe..

    ReplyDelete
  8. slalu buat udang sambal je kan.. wah menarik nih.. nnti nak cuba..!!

    ReplyDelete
  9. sy pon suka jgk dgn udang masak lemak nie..hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnye ros...tp akak cannot mkn udang la

    ReplyDelete
  11. sedap jugak gulai udang ye... lama tak buat...

    ReplyDelete
  12. m3h pun suka jgk buat gulai udang ni..

    ReplyDelete
  13. sedapnya.
    tetiba lapar la pulak.
    kl hujan ni.jb hujan tak?

    ReplyDelete
  14. mencari2 resepi kari udang membawaku kesini.. hehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS