Wednesday, June 22, 2016

CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI DAN MERBOK


Assalamualaikum.

Meh cakap kat Cik Rose. Sape yang kata lelaki ni tak pandai masak?. hihi.
Cik Rose dikelilingi lelaki yang pandai masak tau. Ayah pandai masak. Suami pandai masak. Dan yang Cik Rose nak ceritakan dalam entry ni, berkenaan adik lelaki Cik Rose. Memang pandai masak. Cik Rose pun kalah! Cakap je nak makan ape, InsyaAllah dia boleh masakkan. Dan hasilnya sedap!

Tengoklah kat bawah ni. Dia masak nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam dan acar nenas & timun. Nasi tu memang kitorang request nak colour tu.


Tengok kejadian nasi. Tak lembik, tak keras, Sedang-sedang elok jer. Cik Rose pun tengah belajar lagi dengan dia. hihi.


Kasi zoom sikit nasi hujan panas ni :


Ayam masak merah yang super duper lazat!Tengok, Cik Rose ambil gambar dalam kuali terus. Tak sempat bubuh dalam mangkuk. Hahaha. Tak menyempat nak ambik gambar!


Daging masak hitam! Yang ni kesukaan semua ahli keluarga! Ya Allah, sedap! Adik Cik Rose tak  guna resepi mak tau. Dia olah sendiri. Bile kitorang adik beradik tanya resepi, tak nak cakap! Sampai hatimu tau, Sapit! Tak kira, balik cuti nanti, nak suruh dia masak lagi dan nak curi-curi tengok dia letak bahan apa. hikhik.


Zoom sikit! Lembut je dagingnya ni. Cik Rose bagi 5 bintang :)


Gambar acar nenas dan timun lupa nak ambil awal-awal. Alih-alih dah nak habis, baru teringat nak ambil gambar. hihi.. Jadilah kan :)


Sekarang ni, memang adik Cik Rose ni ambil tempahan untuk sebarang majlis, seperti kenduri kecil-kecilan, majlis pertunangan, majlis akad nikah, majlis hari lahir, majlis berbuka puasa, moreh, mesyuarat dan jamuan. Ala, kalau nak buat makan sendiri sesama ahli  keluarga pun boleh je. 

Untuk yang berada di sekitar Merbok, Semeling, Bedong dan Sungai Petani, bolehlah hubungi adik Cik Rose ni untuk tempahan. Nama dia Faizzmeer Syafiq. Tapi, kitorang panggil Sapit jer. hihi.

Boleh hubungi nombor di bawah yer :

Sapit = 017-4194990

Puan Radziah (mak ) = 017-2735576


InsyaAllah dijamin sedap dan segar. Menunya pelbagai. Tapi, yang selalu orang tempah ialah Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, Nasi Ayam dan Nasi Tomato. 

Pelbagai jenis puding pun ada. Yang hot ialah Puding Oreo. Nanti dari semasa ke semasa, Cik Rose kongsikan gambar yer. 

Terima kasih sudi membaca entry ni.




3 comments:

  1. pergh ini betul2 menggoda ni kak. saya kena order dari adik akak ni kalau ada majlis. tapi jauh pula dekat utara. sobs

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. kalau dekat, pasti saya akan order

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. terima kasih untuk info ini

    ReplyDelete