BERKELAH DI PANTAI BATU FERRINGHI, PENANG



Selamat petang kawan-kawan sekalian.. Apa khabar semuanya.. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja :)

Alhamdulillah... Kita masih dipanjangkan usia pada hari ni dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ini...

Hari ni lewat bersiaran.. hihi.. Tuntutan kerja di pejabat.. Sekarang ni ada masa terluang sikit, bolehlah buka blog sekejap dan coretkan sesuatu untuk anda.. Cewahh.. 

Ok, seperti yang korang dah tahu, last week kan saya balik kampung kat Kedah.. So, bila balik kampung tu, plan la ngan family saya nak pergi berkelah.. Cuma kakak sulung saya je tak de, iaitu Along. Sebab dia kerja.. Yang lain semua ada.. Mak, ayah, Abang, Kakak nombor2 adik dan anak-anak sedara.. Kitorang ke berkelah kat mana?... Cer teka.. cer teka..



Tengok gambar jambatan tu pun mesti dah boleh agak kan?.. Iye, kitorang ke Pulau Pinang.. Berkelah kat Batu Ferringhi.. Pergi hari Jumaat.. Cuaca pulak hujan pagi tu.. Keluar rumah lebih kurang pukul 9 pagi macam tu.. Mak masak siap-siap kat rumah.. Ada roti sardin, nasi tomato, ayam masak merah, sambal udang, sotong goreng kunyit, dan makanan ringan...

Ni gambar masa dalam perjalanan nak pergi.. Hujan masa ni.. Kitorang pilih ikut jalan jambatan.. Sebab dah plan, masa balik nanti baru ikut feri :)







Mak Ude a.k.a puan blog yang happy dengan Baby Mat..

Masa nak pergi tu, Baby Mat pilih nak naik kereta dengan Mak Ude.. bestnya.. Baby Mat tak nak naik kereta ibu dia, Kakyang.. hihihi..

Jom layan gambar-gambar hari kejadian.. Hari kejadian?.. Macam tak sedap je ayat tu. Hihi.. Jom layan gambar masa kitorang kat Batu ferringhi tu.. 

  
Ni gambar atok dengan cucunya.. hihi.. Ayah saya :)

Kakak saya, Kakyang dok salin pampers anak dia, Baby Arif..

Ni Baby Mat.. 


Yang seronoknya bila pergi berkelah ni, budak -budak lah kan.. Best dok mandi kat pantai tu.. Siap buat istana pasir.. Walaupun tak jadi.. hihihi..



Sempat juga main korek pasir :



Ni pulak gambar perjalanan balik. Kitorang naik feri :)






Sesekali kita keluar berkelah dengan family, seronokkan?.. Boleh lupakan sebentar masalah kerja ke apa ke kan.. Tenang je fikiran. dan happy bila bersama keluarga.. Itu apa yang saya rasalah.. Hilang semua sakit-sakit dan tekanan perasaan.. Sakit?... iye, sehari sebelum saya balik kampung tu, saya cuti sakit.. bukanlah sakit teruk.. Nanti saya ceritakan sakit apa.. hihihi.. Apapun , Alhamdulillah.. dengan segala nikmat yang Allah telah berikan untuk saya dan keluarga... 


Post a Comment

11 Comments

  1. seronok kan dapat berkelah bersama family...rindunya...

    ReplyDelete
  2. tahun lepas pi gak mandi manda time cuti skolah tahun ni tak dan nak bermandian...

    ReplyDelete
  3. besnyee . takpernah sampai lagi . aminn , semoga pregnant . hee :D

    ReplyDelete
  4. asik benor main korek2 pasir tu

    ReplyDelete
  5. seronok nya dpat berkelah dgn fmly. hr ni bru nmpak muka tuan belog dgn jelas ^_^

    ReplyDelete
  6. penang mmg best .tempat lama ciksu.hihi
    8hb nanti ciksu nak ke penang pulak

    ReplyDelete
  7. syoknye jenjalan.. deqla x pernah lagi smpai ke sana..... huhuuh....

    ReplyDelete