TAMAN TASIK DARUL AMAN DI JITRA




Minggu lepas, sempat balik kejap kampung di Kedah. Balik sebab hantar burung. saya ada bagitahu dalam entry yang lepas. Bila saya cakap balik hantar burung, ada yang ketawa, ada yang nak tengok gambar burung tu. hihi.. Gambar nanti saya kongsiakan yer dalam entry yang lain.. Betul, itulah tujuan balik kampung. Balik 3 hari je. Sungguh sekejap. Tak puas bertemu keluarga sendiri. Keluarga saya di Merbok, keluarga mertua di Jitra.. 

Dalam ruang masa yang agak terhad tu, sempat kami suami isteri ke Taman Tasik Darul Aman. Dari rumah mertua hanya 5 minit je. Tapi, percaya tak ini kali pertama kami singgah setelah 2 tahun bernikah. hihi..

Kalau datang time cuti dengan keluarga yang besar memang best.. Boleh naik 'itik' kat atas tasik tu. hihi. Boleh main layang-layang, main belon yang besar-besar tu. Eh apa ntah orang panggil. hihi. 

Macam saya ni, bagi ikan makan. hikhik. Beli je makanan ikan kat sini.  satu bungkus seringgit je. Memang banyak betul ikan kat sini. Geram je saya tengok. Bila kita bagi makan, berebut-rebut dorang timbul nak makan. 

GAMBAR HIASAN


Bila saya nak post gambar ni kat instagram saya, tiba-tiba teringat lagu ikan kaloi. hikhik. (ada kena mengena ke?..)

Jom tengok lirik dia. Mesti korang pernah dengar kan :)


Lirik Lagu Perigi Biru - Kamariah Noor


Wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang
Mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

Nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku


OST Filem Bawang Putih Bawang Merah



Previous
Next Post »

10 comments

Click here for comments
23 April 2014 at 11:54 ×

dekat juga dgn umh sy di kedah..5minit je..hujung minggu mmg best org ramai..

Balas
avatar
admin
lia
23 April 2014 at 12:09 ×

pernah p cni last 9years... masa 2 togel lagi tasik ni sbb baru sgt buka...

Balas
avatar
admin
23 April 2014 at 12:39 ×

bila sebut ikan kaloi terus teringat cerita batu belah batu bertangkup...gulpp...ada kena mengena ke?

Balas
avatar
admin
23 April 2014 at 14:35 ×

sedih plak lagu tu.. teringat arwah mak..huhuhu...

Balas
avatar
admin
23 April 2014 at 21:38 ×

hihi.ciksu pon baru sekali ke situ.tahun bila erkkk..saja bawa mmber dr kuala kangsar berjalan ke situ. dpt la naik kayuh2 kejap. hihi

Balas
avatar
admin
23 April 2014 at 23:05 ×

nanti p kedah boleh singgah ni..

Balas
avatar
admin
25 April 2014 at 09:33 ×

Boleh memancing x..hehehe

Balas
avatar
admin
29 April 2014 at 08:51 ×

Rasa kat jb tasik mcmni pon ada kot..xingt ap nma ye...try ros taye asben..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment