Pagi semalam, dapat panggilan telefon dari husband.. Suruh saya buka fb kat group murai batu. Eh dah kenape.. Rupanya sebab ada link  blog saya. hihi.. Malu pula rasa masa husband gitau. Dia pun terkejut, bila scroll fb, ternampak muka saya. Dia kan join group murai batu tu. Mesti dia cakap dalam hati, "eh kenapa  muka bini aku ada kat sini?.." hahhaha. 

Husband saya tahu saya ada blog. Tapi tak pernah baca pun. hihi.

Dalam entry MAKANAN MURAI BATU YANG BERKUALITI , saya ada share tentang apa yang husband saya bagi makan kat burung murai batu dia tu.. Iaitu Golden Eagle.. So, saya ceritalah kat entry tu,. Tak sangka pengusaha GE tu terbaca blog saya  ni.. hihi.



Terima kasih sudi baca blog saya ni :)

p/s : Pagi tadi, masa nak keluar rumah mulut ni ringan je cakap " bye, bye Chit Chit!".. Pastu baru perasan, Chit Chit dah tak de. Dah hantar balik Kedah.. Aih, sedih pula rasa hati.. huhu. Itulah kebiasaan sebelum gi kerja, ucap selamat tinggal kat semua burung-burung kat rumah tu.