Dah beberapa tahun duduk di Johor, baru berkenalan dengan Mee Racun ni 3 hari lepas. hihihi..
Itupun, suami yang bawa gi kedai. Sebelum ni pernah dengar je, tapi tak pernah rasa pula.. Sekali dah rasa, terus jatuh cinta! Hasilnya 3 hari pekena Mee Racun. hihi.. Memang beracunlah!
Kat bawah ni gambar Mee Racun Tulang. Yang ni pilihan suami saya. Harganya RM10.. Saya pula pilih Mee Racun Biasa dan harganya ilah RM5. Saya tak gemar tulang ni, tu yang pilih biasa je. Tapi, dagingnya banyak tau..
Kedai ni pernah dikunjungi Program Jalan-jalan Cari Makan (TV3) dan Program RTM, sarapan di mana.
Lokasi :Warung berhampiran Tabung Haji, Batu Pahat.
Pada saya yang first time rasa Mee Racun ni, memang seap, daat diterima tekak.. TApi, dengarnya kat Batu Pahat ni, ada banyak kedai yang jual Mee Racun yang sedap-sedap. Tapi, saya hanya tahu yang ni je. Inipun, diperkenalkan oleh kawan suami saya. Maklumlah baru setengah tahun suami duduk Batu Pahat. hihihi..
Dah pernah rasa ke belum Mee Racun?.. Kat mana lokasi pilihan korang ?.. Jom kongsikan dengan saya :)
19 Comments
X pernah rasa lagi...boleh kot cari nanti if pi johor
ReplyDeleteMee racun? Takotnya dengar nama tuu. Terima kasih follow
ReplyDeleteamboihh dengaq je mee racun terus terbeliak mata.... haahha
ReplyDeletemacam2 nama eh.. racun yg bagus kot ni...
Mee racun! Pernah dgr tp X pernah makan.. Teringin juga nak try..
ReplyDeleteok2 batu pahat ye.. nnt balikkampung nak singgah la sini..
ReplyDeletetak beracun ke . huhuu
ReplyDeletekalau bawa bapa2 sedara mkn kedai ni mmg xbalik utara.. hehe. memang beracun smpai 3 hari tu
ReplyDeleteros.. tengok pon da teracun!~
ReplyDeleteDasyatnya nama mee tu.
ReplyDeleteRacun?!!! huhuuu ngeri..
iye Kak Ros.. kawan CT duduk kat batu pahat kat parit raja.. kalo dalam kelas ke apa ke slalu sebut mee racun. kalo balik bp je dia mesti nak makan mee racun. kekadang tu mcm wondering apalah dia mee racun hehe tapi belum ada rezeki nak rasa
ReplyDeletex de lak nama gerainya . rasanya klu mention sebelh tabung haji tu, my kakak kat kg thu kot ... nak gak cari nanti bila balik kg ...
ReplyDeletesedapnya tgk..adohai terliur
ReplyDeleteTakutnya dengar nama2 dia.
ReplyDeleteAwatlah tak letak nama lebih sedap.
Bukan apa, takut nak makan.
Belummm. Hahaha. Kalau dah rasa takut addicted pulak nnti. Hihi
ReplyDeletesya tak pernah lagi merasa mee racun..hehehe..kenapa ya dia letak racun..
ReplyDeletedr dlu msa sdk jb teringin nk merasa mee racun.tp sampai sudah x juga merasa. hihi
ReplyDeletenanti la bila bpluang jalan jalan ke sana.. nk juga la merasa
Terkejut dengar nama Mee racun.. hoho, tapi bila dengar ade daging,,,, wuuu, mesty sedap! Wardah minat daging2 ni.. XD
ReplyDeleteFirst time dengar nama dia. Kuah dia diperbuat drpd ape ea?
ReplyDeleteish..baru tgk pun dh terliur..eee sedapnya kalau ada tulang2 camti..kalau lah dekat area sis JM ni mahu hari2 terjah ishh
ReplyDelete