RESEPI IKAN KERISI GORENG BERLADA YANG SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum.

Masa makan tengahari dengan kengkawan office, Cik Rose ada makan ikan kerisi goreng berlada kat satu kedai ni. Sedapnya. 
Tu yang nak try sendiri tu. Selalu ikan kerisi ni Cik Rose goreng atau masak lemak cili padi. Kali ni nak try la buat goreng berlada. Guna cili padi hijau. Oh sedap. Bagi tekak Cik Rose lah kan.

Inilah dia : 
 

Resepi Ikan Kerisi Goreng Berlada 

Ikan kerisi di potong dua dan digoreng-gaul garam dan kunyit.

Bahan :

Bawang besar
Bawang Putih
Cili besar hijau
Cili padi 
Halia
Kunyit hidup
-dikisar kasar. 
(agak-agak je banyak mana. Cik Rose suka pedas, jadi letak banyak cili)

Serai dititik
Asam keping

Caranya :

Tumis bahan kisar bersama serai hingga masak.
Masukkan asam keping dan ikan yang dah digoreng tadi.
Perasakan gula sedikit, jika terlalu pedas.
Masukkan sedikit garam.
Siap :)

Selamat mencuba. 
Lauk yang simple macam ni sesuai untuk juadah berbuka mahupun bersahur.

 
Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
3 June 2016 at 08:01 ×

Dah lama tak makan ikan kerisi ni .. cam sedap pula tengok

Balas
avatar
admin
3 June 2016 at 09:07 ×

assalamualaikum
singgah pagi

Balas
avatar
admin
3 June 2016 at 10:21 ×

Anak sulung kakak kalau ikan kerisi dan ikan kembung suka masak macam ini Ros.

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment