Assalamualaikum.
Kalau tadi, Cik Rose kongsikan resepi ikan kerisi masak berlada, kali ni nak share resepi sayur campur goreng yang menyelerakan. Sebagai pembuka selera ketika bersahur.
Resepi Sayur Goreng Campur Sedap
Cendawan
Jagung Muda
Lobak Merah
Ikan bilis- ditumbuk atau dikisar kasar
Bawang putih - dihiris halus
Caranya :
Tumiskan bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi.
Selepas tu, masukkan lobak merah dan jagung muda.
Bila lobak merah dah agak empuk, masukkan cendawan.
Tambah air, jika mahukan sayur campur berkuah. (Sedap tau hirup kuah dia, nyum nyum)
Perasakan dengan garam.
Siap :)
Selamat mencuba! Resepi di blog Cik Rose ni memang yang mudah jer. Jangan risau :)
2 Comments
Sedapnya.. ♥
ReplyDeleteterima kasih. sudikanlah mencuba :)
Delete