DAY 17 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - KENANGAN PAHIT

January 23, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari ke 17 hari ni kena ceritakan berkenaan kenangan pahit. Apa? Kenangan pahit? Tahun 2017 ni, kalau boleh nak stay positive. Tak nak ingat kenangan pahit. Hihi, boleh tak kalau nak skip cabaran ni? Opsss..

Kenangan pahit. Walau pahit yang kita rasakan, nanti bila waktu bergerak, kita akan rindukan kenangan tu balik. Betul tak? Bila duduk sorang-sorang mulalah mengenangkan kembali.

Sebenarnya Cik Rose tak tahu nak klasifikasikan kenangan pahit tu macam mana. Adakah kenangan pahit adalah kenangan yang menyedihkan? 

Cik Rose tak berniat nak kongsikan kenangan pahit. Biarlah ia tersemat di sanubari. Eh ade ke kenangan pahit ni? Sebenarnya tak ada. Cik Rose tak anggap sesuatu yang terjadi itu sebagai kenangan pahit. Ianya adalah sejarah kehidupan Cik Rose dan biarlah ia menjadi kenang-kenangan sendiri sahaja.

Nak cerita bab lain dalam entry ini. Maaf bukan berkaitan kenangan pahit yer. Kita tukar topik sekejap. Sekadar luahan dari hati. Tak ada kaitan dengan kenangan -kenangan. 

Soal zuriat.

Soal anak.

Soal mengandung.

Agak sensitif.

Agak beremosi ketika Cik Rose coretkan di sini. 

Korang.. setiap wanita yang bergelar isteri mempunyai naluri ingin menjadi ibu. Namun, kita merancang, Allah juga sebaik-baik perancang. Dia yang menentukan apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia jualah yang merencanakan waktu terbaik buat hambaNya. Siapa kita untuk mempersoalkan?

Seperti wanita lain, Cik Rose juga mempunyai keinginan untuk bergelar ibu. Usia pernikahan sudah menjangkau 5 tahun. Cik Rose masih berdoa dan berusaha agar dipermudahkan jalan untuk bergelar ibu. Korang…minta tolong kirimkan doa buat Cik Rose dan suami agar kami dapat bergelar ibu ayah.

Di awal usia pernikahan, Cik Rose lah paling excited setiap bulan menantikan keputusan positif. Tunggu..dan tunggu..Namun tak berhasil. Bohonglah kalau tak sedih dan kecewa. Air mata jadi peneman Cik Rose masa tu. Tapi, Cik Rose tak pernah putus asa. Walau diuji dengan jarak. Maklumlah masa tu PJJ.   Cik Rose fikir positif, mungkin ada hikmahNya. Cik Rose tak mengeluh. Itu pilihan Cik Rose. Allah tahu apa yang terbaik buat kami. Insyaallah, ada jalanNya. Cuma kita perlu bersabar, berusaha dan berdoa.

Cik Rose bersyukur memiliki suami yang benar-benar memahami dan tidak pernah mempersoalkan hal zuriat. Tak pernah menyalahkan sesama sendiri. Alhamdulillah. Keluarga di kedua-dua belah pihak juga tidak pernah mendesak dengan soalan-soalan pedas. Alhamdulillah.

Cuma, memang lumrah manusia. Suka mempersoalkan yang bukan-bukan. Cik Rose tak pernah kisah jika kenalan/jiran atau sesiapa yang bertanyakan soal zuriat pada Cik Rose. Alhamdulillah, bila diorang tanya, Cik Rose minta mereka doakan buat kami. Namun, Cik Rose tersentuh dengan individu-indvidu yang bertanya dan mempersoalkan tentang usaha kami. Perlukah Cik Rose nyatakan segala usaha kami kepada mereka? Tolong fahami dan selami perasaan kami.


Rezeki.. 

Siapa kita nak mempersoalkan rezeki?

Ada orang di berikan kesihatan yang baik, itu rezeki.
Ada orang dikurniakan pasangan yang baik, itu rezeki.
Ada orang memiliki keluarga yang penyayang, itu rezeki.
Ada orang mendapatkan kerja yang baik, itu rezeki.
Ada orang memiliki anak yang ramai, itu rezeki.
Ada orang yang bebas hutang, itu rezeki.
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, syukurilah.


Di kesempatan ini, Cik Rose rakamkan ucapan terima kasih buat semua yang sudi kirimkan doa buat kami agar dimurahkan rezeki memiliki zuriat. Cik Rose juga doakan buat kawan-kawan yang lain yang sedang berusaha juga memeliki zuriat.

Cik Rose sertakan doa untuk mendapat zuriat, perkongsian bersama. Moga bermanfaat.



Kalau korang ingin kongsikan pengalaman atau apa –apa altenatif yang korang lakukan untuk mengandung, sudi-sudilah berkongsi dengan Cik Rose yer. Cik Rose hargainya.

Maaf jika entri ini sedikit beremosi.  Cik Rose hanya insan biasa.

Sekian, terima kasih.


#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

You Might Also Like

4 comments

  1. Hye Che rose..
    Sha doakan semoga segala usaha Che rose diperkenankan Allah..
    Sha nak berkongsi tips.. Sha pun dapat dari seorang sepupu dan Alhamdulillah.. berhasil..
    Sha amalkan makan vitamin acid folic jenama Appeton, Sha makan secara konsisten selama 90 hari.. waktu malam sebelum tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Terima kasih sudi berkongsi info tu dengan Rose :)

      Delete
  2. biasa lah orang ni.. ada je benda nak persoalkan. tapi bila kena batang hidung sendiri tau pula nak diam hehe. sabar ya rose

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion