Friday, April 28, 2017

Resepi Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut

Resepi Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut | Assalamualaikum. Kuih donut yang lembut dan gebu menjadi pilihan ramai. Kuih donut dikira sebagai sedap jika teksturnya lembut walaupun dah sejuk. Betul tak? 

Ada pelbagai jenis resepi membuat kuih donut. Pelbagai bahan yang digunakan. Bahan-bahan yang mudah didapati membuatkan ramai yang mencubanya sendiri. Tapi, ada yang jadi dan ada yang tidak menjadi. Justeru, langkah mudah di ambil dengan cara membeli sahaja. Kalau sikit-sikit bolehlah beli. Tapi, untuk keluarga yang besar atau untuk majlis tertentu lebih baik buat sendiri. Lebih berbaloi dan puas hati. Maklumlah air tangan sendiri kan.


Sebelum ni Cik Rose ada kongsikan resepi kuih donut yang lembut dan gebu. Boleh tengok di sini 

Alhamdulillah, minggu lepas Cik Rose buat lagi. Inilah kejadiannya :


Donut terlajak gebu gebas nama diberi. Hihi. Sebabnya bentuknya yang montel-montel. Makan sebiji dah kenyang!

Alhamdulillah menjadi. Masih menggunakan resepi yang dulu. Terima kasih buat empunya resepi. Tapi, memang Cik Rose tak pasti siapa empunya resepi ini. 

Bahannya yang mudah membuatkan Cik Rose mencuba resepi ini. Syukur sebab menjadi.


Di sini Cik Rose kongsikan sekali lagi Resepi Kuih Donut yang mudah, gebu dan lembut ini. 


Resepi Kuih Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut

BAHAN-BAHAN:

A:
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula
1 paket yis ( serbuk)
1 cawan air suam
*campurkan bahan ini dan biarkan kembang

 B:
4 cawan tepung gandum
2 sdm marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

CARA-CARANYA:

1. Ramaskan bahan B hingga jadi macam serbuk roti. 
2. Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi dengan bahan B.  Gaul rata. 
3. Biarkan selama satu jam. Bekas tadi tutup dengan kain lembab. 
4. Lepas satu jam, tumbuk sikit doh tadi untuk keluarkan angin. 
5. Terus canai dan terap. 
6. Kemudian boleh goreng dengan minyak yang banyak. 
7. Dah siap, gaul dengan gula. 

Sedia untuk dimakan.

*doh memang lembik. Tapi kalau terlalu lembik tambah tepung sikit waktu nak mencanai tu. 

Mudah,kan? Jom sesama kita buat. Tak cuba, tak tahu kan. Kalau dah cuba baru tahu. Hikhik.

23 comments:

  1. Nampak pun tahu, memang gebu.

    ReplyDelete
  2. Donut gebu memang jadi rebutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Mar.. Makan panas-panas, laju je masuk mulut. Hi hi

      Delete
  3. rajin cik rose share reseipi. kebetulan uyul breakfsat donut nih.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Rose kongsikan apa yang Cik Rose cuba. Nanti Uyul cuba pula ya.

      Delete
  4. Replies
    1. Susu pekat manis @ krimer pekat manis, puan.

      Delete
  5. Replies
    1. Apa-apa jenama pun boleh. F&N, marigold, gold coin dan lain-lain.

      Delete
  6. Bahan donut lebih kurang roti jgak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya lebih kurang sama, cuma teknik menguli tu lain kan :)

      Delete
  7. Saya nk bt ikt resepi ni...mhn halal t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, silakan puan. kita kongsi sama-sama. moga bermanfaat. Rose pun ambil resepi ni dari perkongsian rakan blogger.

      Delete
  8. Nak try ..tq share resepi ..

    ReplyDelete
  9. Sy dh buat. Terima kasih. Mmg terbaikkk..!! Eksperimen dgn anak td. Seronok anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. seronok bila kita cuba resepi baru dan ianya menjadi :)

      Delete
  10. Klu xde baking powder,jd x donutnya Cik Rose?

    ReplyDelete
  11. sedapnya donut :)


    lawa blog cik rose. kemas je .

    ReplyDelete
  12. Salam puan, resepi dapat berapa biji donut ye? Mohon utk ikut resepi ni ye

    ReplyDelete