Saturday, July 29, 2017

Sinopsis Drama Dendam Aurora Lakonan Ungku Ismail dan Nabila Huda


Sinopsis Drama Dendam Aurora Lakonan Ungku Ismail dan Nabila Huda | Assalamualaikum. Sekarang ni Cik Rose demam drama Dendam Aurora. Hi hi. Memang ternanti-nantikan drama ni. Nak tahu tak dari mana Cik Rose tahu tentang drama ni? Melalui instagram Hael Husaini. Maklumlah dia cipta lagu tema bagi drama ni. Lagu Nisan Cinta yang dinyanyikan secara duet oleh Siti Nordiana dan Jacyln Victor. Best tau lagu ni, dah melekat di jiwa Cik Rose!

Ok, kembali semula kepada cerita drama ni. Baru ditayangkan 4 episod bermula hari Selasa haritu. Dekat Astro Prima. Tak sabar nak tunggu Isnin ni, episod 5. Rupanya drama ni ada 100 episod. Panjang tu. Baru episod awal pun dah banyak konflik. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

Apa yang Cik Rose perasan, heronya iaitu Ungku Ismail makin kurus. Cik Rose mula minat lakonan dia sejak dia berlakon dengan Elizad tu. Drama Teman Lelaki Upahan. Nabila Huda macam biasalah, meletop. Best!

Drama ni berkisarkan kehidupan mereka di Cameron Highland. Wahhhh menggamit memori percutian singkat Cik Rose dan Mr Army ke Cameron bulan Mac lalu. Belanja satu gambar lah. Ha ha ha.


Ni yang rasa nak pergi lagi ni Cameron. Hikhik.

Ok, untuk korang yang tak tahu lagi tentang drama ni, ni Cik Rose kongsikan sedikit sinopsisnya ya.

SINOPSIS DENDAM AURORA 

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.


Ha, baca sinopsis pun dah best. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kesian Aurora. Oh Harris, jangan kejam sangat ok. I know you still love Aurora! Tapi, itulah antara cinta pada Aurora dan dendam juga pada Aurora. Harris tak tahu kisah sebenar, sebab tu dia marah sangat kat Aurora. Nasib baiklah ada Ustaz Hakim (abang Harris) Ustaz Hakim baik sangat. 

Drama ni penuh misteri tau. Kita berteka-teki terhadap watak-watak yang ada.

Selamat menonton ya!



7 comments:

  1. drama baru ya.. memang CT x update langsung dengan senarai drama2 kat tv skrang..

    ReplyDelete
  2. Akak kalo drama smp 100 episod mls nak tgk...hahaha

    ReplyDelete
  3. Akak kalo drama smp 100 episod mls nak tgk...hahaha

    ReplyDelete
  4. Akak kalo drama smp 100 episod mls nak tgk...hahaha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cik Rose
    Wah memang minat giler pada drama ni kan
    Kaknoor pun jdi tak sabar jugak nk tengok ni

    ReplyDelete
  6. hari tu tgk kt iklan mcm best tp bila dh tayang akak tak tgk lak.... rupenye 100 episod yek... napelah lama sgt nih,,,

    lps baca revies sinopsis dr cik rose, eh rasa nk tgk la pulak cite nih... pasni nk rakam je kt astro... tp astro ada tayang banyak2 episod terus kan.... akak mmg minat nabila belakon, dia kalu belakon appa je, jd baik ke jahat mmg menjadi

    ReplyDelete
  7. Dlu abang bomba, tentera lah kini polis pulak...haha

    ReplyDelete