Love your LOVE The Most! | Assalamualaikum. Saat ni mata belum nak lelap. Segar bugar lagi mata ni ha. Bukan kerana dah tidur siang tau. Cik Rose kerja macam biasa. Bukan kerana nescafe yang menyebabkan bertenaga, tak mahu lelap mata. Tapi kerana dah terlebih masa. Maksudnya, Cik Rose ni kalau dah mengantok pukul 10 malam, kena tidur. Kalau tangguh-tangguh tu yang buat tak dapat tidur. Hihi. 

Mungkin juga sebab sibuk mengemas. Mengemas ni nak kena tunggu mood sampai. Kalau moof tak ada, memang tidaklah nak mengemas. Cuba kalau mood datang, bukan main lagi. Siap vacuum dengan mop lantai. Ubah kedudukan perabot. Ha ha ha. Tudia baru!

Pagi tadi hujan lebat. Sejuk je cuaca. Cik Rose ni pergi balik kerja naik motor. Ego pink kesayangan Cik Rose lah peneman setia. Tapi, pagi tadi hujan lebat sangat. Jadi, Cik Rose tumpang kawan. Terima kasih kawanku!

Ok, berbalik pada bab mengemas tu. Habis semua perabot Cik Rose alih. Hihi. Cuma mengemas dapur tak sempat buat. Dah pukul 12 malam. Cepat jarum jam bergerak. 


Esok, 3 Ogos. Insyaallah Mr Army akan pulang. Kepulanganmu ku nanti. Pergi kerana tugas, pulang demi cinta katanya! 

Moga semuanya selamat dan dipermudahkan.