Assalamualaikum. Hai, selamat pagi Isnin. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja semua.. Doakan juga buat Cik Rose ya.
Hari ni nak menulis tentang perkembangan Mini Garden Cik Rose.. Cik Rose selalu je share di facebook dan instagram peribadi. Jadi, untuk kenangan sendiri, lebih baik Cik Rose kongsi juga di blog. Untuk tatapan sendiri andai kata gambar-gambar pokok bunga di telefon Cik Rose di padam atau terpadam.
Pokok bunga yang Cik Rose jaga bukan sentiasa berbunga. Ada pasang surutnya. Ada musim bunganya dan ada juga musim luruhnya, ala-ala Autumn In My Heart gitu. Hihi. Ketika berbunga, mestilah Cik Rose tak lepaskan peluang untuk ambil gambar. Kepuasan sendiri bila melihat bunga-bunga mekar..
Bila ada pucuk yang tumbuh, sudah pasti hati Cik Rose melonjak kegirangan. Alhamdulillah, pokok aku nak berbunga ni. Berkata sendirian dalam hati. Hihi.
Namun, adakalanya ianya tak seperti yang dijangka. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bila cuaca tak menentu, ada pokok-pokok yang menunjukkan tanda sakit. Daun mula bertukar warna kekuningan. Anak-anak bunga tak jadi berkembang. Statik sahaja dan mula mengecut.
Aduhai sedihnya hati. Salah kaedah penyiramankah, tak cukup air kah, terlebih air kah, terkurang baja kah.. Macam-macam persoalan yang bermain di minda.
Aduhai sedihnya hati. Salah kaedah penyiramankah, tak cukup air kah, terlebih air kah, terkurang baja kah.. Macam-macam persoalan yang bermain di minda.
Segera mencari jalan penyelesaiannya. Banyak bereksperimen sendiri. Ada yang mula menunjukkan kesan yang positif, mula tumbuh semula. Tapi, normal bagi Cik Rose. Pokok-pokok pun ada kitarannya. Tak semua sentiasa segar mewangi kan.
Kuncinya adalah sabar. Jangan bila pokok kita sakit, kita putus harapan. Dah tak semangat nak berkebun. Jangan macam tu. Kesian pokok-pokok kita. Ibarat habis madu sepah dibuang pula. Bila berbunga segar, kita belai dia. Dan bila ia sakit, kita tinggalkan pula.
Berani mencuba. Ya, kena berani mencuba. Pokok kita tak sama tau. Kita yang harus mengenali bunga kita dengan mendalam. Kadang-kadang, baja yang kita guna sesuai dengan kita, ada orang cuba tak elok pula. Kadang-kadang kita siram dua kali sehari, ada orang siram sehari sekali sahaja.
Semua tu bergantung juga di mana pokok-pokok kita berada. Adakah ia terdedah dengan cahaya matahari secara terus atau tidak. Semua iti perlu di ambil kira.
Semua tu bergantung juga di mana pokok-pokok kita berada. Adakah ia terdedah dengan cahaya matahari secara terus atau tidak. Semua iti perlu di ambil kira.
Macam Cik Rose ni tanam di dalam pasu dan diletakkan di balkoni. Manakala teman baik Cik Rose pula di hadapan rumah(rumah teres). Maka, kaedah menjaga pokok bunga dah berbeza. Tak boleh ikut cara yang sama. Ini kerana cahaya matahari adalah terhad di balkoni Cik Rose.
Di bawah ni, orkid-orkid Cik Rose yang mula berbunga. Setakat ni, Cik Rose ada 7 pokok orkid. Namun, hanya 4 pokok yang berbunga. Manakala 3 lagi dalam proses ‘rehat’.
Alhamdulillah. Nak tahu tak, bunga orkid tahan lama tau. Ketahanan bunga tu hingga berbulan lamanya. Jika nak dibandingkan dengan bunga Ros dan Daisy, Orkid Cik Rose jauh kehadapan gitu! Hihi.
Alhamdulillah. Nak tahu tak, bunga orkid tahan lama tau. Ketahanan bunga tu hingga berbulan lamanya. Jika nak dibandingkan dengan bunga Ros dan Daisy, Orkid Cik Rose jauh kehadapan gitu! Hihi.
Balkoni Cik Rose tak adalah besar sangat, namun cukuplah Cik Rose letak pokok-pokok bunga Cik Rose. Leka asyik membeli, tak sedar dah penuh balkoni tau. Hahaha. Kena tahan nafsu. Cukuplah tu, lebih baik tumpukan perhatian pada penjagaannya pula.
Rak bunga di bawah ni, Cik Rose beli di kedai bunga(nursery). Ada dua pilihan warna iaitu bronze dan putih. Cik Rose beli bronze.
Ada dua sebab.
Pertama sebab nak kontrakan dengan pasu-pasu pokok bunga daisy tu. Pasu-pasu tu Cik Rose dah beli warna putih, maka rak tak bolehlah warna yang sama. Tak cantik di mata Cik Rose.
Sebab kedua, beli bronze ni tak nampak kotor atau karat. Kalau warna putih, jelas nampak kalau berkarat. Rak bertingkat ni Cik Rose khaskan untuk bunga daisy.
Ada dua sebab.
Pertama sebab nak kontrakan dengan pasu-pasu pokok bunga daisy tu. Pasu-pasu tu Cik Rose dah beli warna putih, maka rak tak bolehlah warna yang sama. Tak cantik di mata Cik Rose.
Sebab kedua, beli bronze ni tak nampak kotor atau karat. Kalau warna putih, jelas nampak kalau berkarat. Rak bertingkat ni Cik Rose khaskan untuk bunga daisy.
Untuk orkid, Cik Rose sangkut guna ampaian baju je. Hihi. Tak beli baru pun, guna yang memang dah ada. Beli dah lama dah di Tesco. Itulun rasa macam padat pula. Nak cari rak khas untuk orkid, belum jumpa yang memikat hati. Kena sabar mencari. Hihi.
Di bawah ni pula pasu-pasu pelbagai pokok bunga. Ada pokok bunga Ros, pokok burung, orkid hutan dan lain-lain pokok. Yang atas bekas pink tu belum alih pasu. Biar dulu dia biasalan diri. Hihi.
3 pasu di hadapan sekali yang besar tu, itulah pokok bunga Ros. Tengok, tengah berehat dari berbunga. Autumn katanya! Baru habis berbunga tu.
3 pasu di hadapan sekali yang besar tu, itulah pokok bunga Ros. Tengok, tengah berehat dari berbunga. Autumn katanya! Baru habis berbunga tu.
Alamak, lantai tak cuci lagi, dah kalut ambil gambar! Hikhik. Baru habis membaja dan gembur tanah tu. Sebab tu kotor sikit. Lepas gambar di ambil, Cik Rose dah cuci lantai. Eh motif cerita? Hikhik.
Gambar-gambar di atas koleksi pokok-pokok Cik Rose dan bukanlah di ambil dalam satu waktu yang sama.
Di bawah ni, Cik Rose kongsikan video yang Cik Rose buat dan upload di youtube. Koleksi bunga-bunga Cik Rose di Mini Garden Cik Rose.
Jemput tonton ya :
Cik Rose suka tanam bunga. Hilang stress dan hati gembira. Korang cubalah. Tapi, nak kena ada minat juga.
Sebenarnya, untuk menggembirakan hati, korang buat apa sahaja yang korang suka dan minat. Jangan sekadar mengikut cara orang. Kita ni tak sama dan berbeza-beza. Buat sahaja apa-apa yang berfaedah.
Ada yang suka buat kek. Bila kek dia menjadi dan sedap, dia happy. Macam tulah Cik Rose, bila pokok berbunga, happy bukan main.
Ada yang suka buat kek. Bila kek dia menjadi dan sedap, dia happy. Macam tulah Cik Rose, bila pokok berbunga, happy bukan main.
Ok sehingga berjumpa di entry akan datang.
16 Comments
cantiknyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecantikkkknya... teringn jgk nk berkebun bunga tapi takut xtrjaga lak..
ReplyDeleteSaya suka tngk bunga2 mcm ni, rasa tenang je
ReplyDeleteperkongsian yg menarik sis
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/adminartfever/posts/1790889504276247?notif_id=1516592438161386¬if_t=feedback_reaction_generic
Makin sihat semua budak² ni ye..haritu masa Cik Rose tunjuk first time.. Ni dah berbunga sakan..byk gilaa orkid!
ReplyDeleteSeronok kan hati kalau bunga kembang mekar.. Hehe.. Suka tgk sudut bunga2an cik ros ni.. :)
ReplyDeleteemi selalu teringin nak tanam bunga kat koridor rumah tu. tapi sbb duk menyewa bujang, payah la. nanti ada je yg jemur baju bersidai kat situ.
ReplyDeleteYa Allah k.ros...knp rajin sgt ni...jeles gila tgk bunga k.ros ni... Nnti nak mai uma k.ros la..hehe
ReplyDeleteWah subur subur rose tanam bunga
ReplyDeleteCantiknya bunga2 akk..mekar kembang gitu..bngun pagi tengok ni semua bestnyaa
ReplyDeleteAlahai sukanya tengok bunga2 cik rose. Kembang dengan jayanya..
ReplyDeleteKita suka juga nk menanam. Tapi tungu lpas bulan 3 ni kut. Lpas suami kita hbis kursus. Sbb kita bkal balik kmpung sebulan. Kita nk tanam cili balik. Haritu tanam. Pastu mati.
ReplyDeleteyes cik rose. kena RAJIN! aida ni minat, tapi takde masa... and takde ruang.
ReplyDeletehi hi hi... laman depan tu hah penuh dgn mcm2. aduhai. terasa nak bersihkan nanti la.
minggu ni aida ada misi bersihkan semua almari dlm rumah.
baju2 nak disedekahkah...
Tak sempat nak jaga kadang-kadang tu rose tapi bila tengok ia hidup subur, berbunga, berputik, bercambah, daun pun segar hati ni memang akan senang.
ReplyDeleteWarna warni nya taman! Balkoni pun segar segar
ReplyDeleteBOLEH tanya.. mana dpt beli rak besi orkid itu? cantik, ada masa boleh reply..tq
ReplyDelete