Buat Apa Yang Kita Suka, Jangan Dengar Cakap Orang

September 23, 2017

Buat Apa Yang Kita Suka, Jangan Dengar Cakap Orang. Amboi tajuk. Kenapa ni Cik Rose? Hahaha. Tanjat gegirl. Hikhik. 

Tak ade apa lah. Terjumpa ayat di bawah ni dalam facebook, saja nak kongsi di sini. Sambil-sambil tu boleh celoteh. Sekarang ni suka pula bermadah di blog sendiri. Madah rasa buka madah helah, ok. 

“Everybody always asks if you have a career, if you’re married, if you HAVE CHILDREN. Like if life was some kind of grocery list, but no one ever asks us IF WE ARE HAPPY.”

Cik Rose percaya korang faham dengan bait-bait di atas kan. Ok, mai Cik Rose terang serba sedikit, bagi jelas. Orang sekeliling kita ni selalu tanya sama ada kita ni dah kerja ka, dah kahwin ke belum, yang dah kahwin tu dah ada anak ke belum. Yang dah anak seorang tu bila nak tambah, dan banyak lagi soalan-soalan cepu mas yang lain. Tapi, tak ada pun yang sudi tanya sama ada kita ni gembira atau sedih? Tak ada orang kisah pun kan.

Seolah-olah macam graf pun ada. Di tanya A. Kalau kita dah ada A, akan di tanya tentang B. Kalau dah ada AB, tanya lagi bila nak dapat C, sampailah Z. Lumrah manusia yang tak pernah cuba untuk memahami, begitulah jadinya. 


Sesekali cuba selami keadaan individu yang kita nak tanya tu. Jangan main redah je bertanya. Kalau korang rajin tanya, itu bukanlah bermaksud korang tu ‘caring’. Bimbang disalah ertikan sebagai ‘busy body’. Habis tu apa patut kita buat? Berpada-padalah. Bersederhalah. Tak salah untuk ajukan pertanyaan. Cuma kena lihat masa dan ketika juga. Benar kan?

Ada pula yang takut digelar jaga tepi kain orang, sampai tak ambil tahu langsung. Hihi. Gawat ni. Tak tahu apa yang terjadi pada orang sekeliling pula. 

Serba salah jadinya kan. Hihi. Tanya salah, tak tanya pun salah. Habis tu, nak buat apa ni Cik Rose...?

Buatlah tindakan yang bijak. Lihat emosi, keadaan, dan masa yang sesuai dahulu sebelum bertanya. Yeayhhh. 

Kita semua berhak untuk gembira dan bahagia. Cara dan erti kebahagian kita berbeza-beza. Usah ada sikap membuat perbandingan ya. Usah ada pertikaian sesama kita. Sama-sama usaha untuk jadi orang yang bahagia. 

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang.

Sekian, nukilan dari Cik Rose.


You Might Also Like

3 comments

  1. dengar tu boleh.. tp kena filter la yang rasa sesuai tuk kita

    ReplyDelete
  2. huhuhu.

    kdg hidup kita corakkan tak semuanya lepas A mst B. mungkin dr A akan ada A1, A2 sampai A-infinity baru boleh pegi B

    dan kadang mungkin lepas A kita terus lonjak pegi W dan terus smpai Z

    tu dah gone dah tu.

    sori. saja bergurau.

    ReplyDelete
  3. tgk keadaan juga kalau nak tanya soalan. hheeh

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS