Friday, 4 May 2018

Pilihanraya Umum ke 14 | Siapa yang boleh undi awal?

Assalamualaikum. Hari ni Cik Rose nak kongsikan tentang pengundi awal. Apa tu pengundi awal? Siapa yang boleh jadi pemgundi awal?


Cik Rose ambil info ni terus dari laman web SPR. Moga membantu mereka yang tidak tahu dan ingin mendapatkan maklumat.

Tarikh pengundian awal adalah pada hari Sabtu, 5 Mei 2018. Esok! Semua mesti dah tahu kan di mana nak mengundi.  Dan untuk Parlimen dan Dun apa. 

Pengundi Awal

Bagi Anggota Tentera, Polis & Pasangan
1. Sebelum Pilihan Raya
• Semak butiran pengundi dalam daftar pemilih melalui Portal Rasmi SPR, SMS ataupun menghubungi Call Centre SPR di talian 03-8881 0081
• Selepas pembubaran, semak pula kedudukan Pusat Mengundi yang telah ditetapkan kepada anda.
2. Semasa Tempoh Berkempen
• Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
• Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
3. Semasa Hari Pengundian
• Datang awal ke Pusat Pengundian
• Dapatkan slip Saluran Mengundi di Barong Semakan SPR
• Beratur dengan senyap di Saluran Mengundi anda
• Bila dibenarkan masuk ikuti prosedur
• Segera beredar selepas mengundi. Pusat Mengundi adalah kawasan larangan.
Bagi pemilih dalam kalangan anggota polis dan tentera serta pasangan yang namanya telah tersenarai dalam daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya bagi pengundian awal, mereka diperlukan hadir sendiri ke pusat-pusat mengundi awal yang telah ditetapkan oleh SPR untuk mengundi.

~~~~

Cik Rose antara yang akan mengundi awal. Aih berdebar-debar ni. Hihi. Macam mana nak buat ni? 

Fikirlah secara rasional, dan pilihlah dengan baik. 


Related Posts

Pilihanraya Umum ke 14 | Siapa yang boleh undi awal?
4/ 5
Oleh

2 comments

Tulis comments
avatar
4 May 2018 at 22:19

sama macam kakak ipar saya dan suami...suami dia tentera juga..mengundi esok la ni..hihi..selamat mengundi cik rose!

Reply
avatar
5 May 2018 at 10:18

saya pun gigih review calon di tempat saya. moga tak salah pilih.
Janji Kita

Reply