Assalamualaikum. Hai... beberapa hari berlalu, baru Cik Rose berkesempatan nak menulis. Busy sokmo!. Hihi.
Sempena pilihanraya ke 14 ini, Cik Rose tersenarai sebagai pengundi awal kerana isteri tentera. Oh, untuk PRU ke 13, Cik Rose pengundi biasa, belum tersenarai untuk undi awal.
Tarikh 5 Mei 2018, dipilih sebagai tarikh pengundian awal.
Cara pengundian adalah sama seperti undi biasa. Perlu melalui proses yang sama.
Seawal jam 8 pagi, Cik Rose dah bergerak ke kawasan kem. Biasalah first time, memang excited lebih. Hihi.
Tapi, di tempat Cik Rose, jadual pengundian diberi dahulu mengikut kompeni. Tujuannya adalah untuk melicinkan proses pengundian. Lebih mudah kan, tak adalah semua berpusu-pusu pergi dan beratur panjang sangat kan. Teratur sedikit prosesnya bila ada pengurusan masa sebegini.
Cik Rose mengundi pada jam lebih kurang 12 tengahari lebih sikit. Tak ingat pula jam yang tepat. Cik Rose nak mengundi, berdebar-debar macam Cik Rose calonnya. Haha.
Proses Pengundian Awal
Pertama kita masuk ke tempat pengundian, berikan kad pengenalan kita dahulu. Petugas SPR menyemak nama kita.
Kedua, kita bergerak ke sebelah, petugas SPR tanya Cik Rose, menulis tangan apa. Jika kita menulis tangan kanan, maka celup satu jari kiri. Celup satu ruas jari. Begitulah sebaliknya jika menulis tangan kiri, celup jari kanan.
Sewaktu kita nak beralih ke sebelah iaitu di petugas ketiga, petugas pertama akan menyebutkan nama dan nombor kad pengenalan. Sewaktu itulah, kita akan diberikan kertas undi.
Ada dua kertas undi, satu parlimen dan satu dun. Dengan warna yang berbeza. Tak silap Cik Rose warna kuning dan oren. Maaf kalau tersilap.
Kemudian terus bergerak ke ruangan menanda undi. Pen telah disediakan. Tak payahlah bawa pen. Hihi. Dah ada di situ. Tandalah dengan tenang. Fikirlah secara rasional.
Bila dah selesai menanda, lipas kembali kertas undi. Terus masukkan ke dalam bekas yang disediakan mengikut parlimen dan dun.
Selesai!
Senang kan sebenarnya.
Sewaktu celup jari tu, warnanya purple cair sahaja. Bila petang berubah ke warna merah macam inai. Esoknya terus berubah warna hitam!
Selamat mengundi ya.
9 Mei 2018, tarikh mengundi Pilihanraya ke 14.
1 Comments
abam kie x leh tdo mlm td sbb excited nk gi ngundi. nampaknya pagi ni kena ganti tdo jap. dkt2 tghari tu baru la gi memangkah!
ReplyDelete