Saturday, May 19, 2018

Resepi Sambal Kerang Bakar Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum. Resepi Sambal Kerang Bakar. Bila Cik Rose google, tak banyak menjurus kepada resepi kerang bakar yang bersambal tau. Kebanyakkan tunjuk yang kerang rebus air asam atau sambal kerang yang dah dibuang kulit.


Macam mana nak masak sambal kerang bakar ya? Maka terhasillah resepi campak -campak ini. Hihi.

Resepi Sambal Kerang Bakar

BAHAN-BAHAN
  • kerang - rebus - hingga kulitnya terbuka(tanda dah masak)
  • 2-3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah saiz besar *
  • 3 biji cili merah *
  • 2 biji cili api * (letak lebih kalau suka pedas yang ummpp)
  • sedikit halia*
  • sos tiram
  • sos cili
  • sebatang serai - titikkan
  • daun limau purut
  • garam dan gula

CARA-CARANYA
  1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *
  2. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kering dan garing
  3. masukkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam, dan gula.
  4. Kalau nak berkuah masukkan air sikit. Kalau suka kering, tak perlu tambah air.
  5. masukkan kerang - kacau dan gaulkan mesra dan siap! 
  6. Kemudian, masukkan ke dalam pemanggang ajaib. Biarkan seketika. ~~ala -ala kerang bakar jadinya nanti. Tak perlu masuk oven dah. 

Kerang ni kalau makan ratah-ratah , tak ada nasi pun tak apa kan. Laju je habis. Hihi. 

Dulu, Cik Rose memang tak makan kerang, tak tahulah kenapa. Bukan sebab alergik ke apa. Tapi memang tak makan. Kalau ada kerang dalam keow teow goreng pun, Cik Rose akan asingkan dahulu.

Tapi, sekarang dah mula makan. Mungkin kerana pertambahan usia. Eh ada kena mengena ke? Hikhik. 

Sekarang makan kerang, tapi tak adalah banyak atau terlalu suka. Tahap biasa-biasa je, tak dapat menandingi tahap kesukaan Cik Rose pada udang!

Ok selamat mencuba resepi sambal kerang bakar ni. Lepas ni dah boleh buat sendiri, tak perlu ke kedai makan dah. Jimat duit. Hihi.

1 comment:

  1. sedapnya cik rose.malam tadi kat pasar harga kerang rm8.50 sekilo.
    Janji Kita

    ReplyDelete