Thursday, 17 May 2018

Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan di Astro Ria




Assalamualaikum. Selamat malam! 

Kalau tadi, Cik Rose kongsikan lirik lagu Rahsia Kita yang turut menjadi OST Drama Rahsia Hati Perempuan, kali ni Cik Rose kongsikan sinopsis dramanya pula.

Cik Rose dah terjebak menonton drama ni dek kerana Uqasha Senrose punya lakonan. Hihi. Best. Cubalah korang tengok. 

RAHSIA HATI PEREMPUAN
JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyperpictures Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris



SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN
Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.


Related Posts

Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan di Astro Ria
4/ 5
Oleh

2 comments

Tulis comments
avatar
17 May 2018 at 23:48

Banyak drama best-best kan cik rose

Reply
avatar
29 May 2018 at 14:46

lebih uka klw ilaina gn mikael..zynn mcm penyibuk ja..

Reply