Selamat pagi semua.. Selamat menjalani ibadah puasa untuk anda-anda ye :)
Hari ni dah 26 Ramadhan.. Terasa cepat masa berlalu, kan?...
Nak cerita sesuatu ni.. Suatu keadaan yang mengusik hati saya.. Kejadian ni berlaku pada Jumaat lepas.. Masa tu, saya nak berangkat ke JB. Seperti biasa, saya akan naik bas menuju ke stesen LRT..
Setiba di Stesen LRT Masjid Jamek, saya pun menunggu train untuk ke Bandar Tasik Selatan. Orang memang ramai pada hari tu. Memang sesak.. Sesak dengan pelbagai lapisan usia.. Semuanya mempunyai destinasi masing-masing...
Sebaik train tiba, semua orang berasak-asak untuk masuk ke dalam train. Alhamdulillah, ada tempat duduk untuk saya melepaskan penat berjalan tadi.. Dari Stesen Masjid Jamek nak ke stesen Bandar Tasik Selatan, banyak stesen perlu dilalui.. Plaza Rakyat, Hang Tuah, Pudu, Chan Sow Lin, Cheras, Salak Selatan, Bandar Tun Razak, kemudian barulah Tasik Selatan....
Di hadapan saya terdapat seorang gadis pelancong, dari negaraTimur Tengah , saya kira... Manis... sentiasa tesenyum ceria sambil mendengar sesuatu dari 'earphone' nya... Di sebelahnya pula, ada seorang gadis melayu.. tertunduk sahaja sambil memegang 'handphone' nya... Sesekali melihat di skrin 'handphone' nya dan memicit-micit 'button'...
Entah kenapa, mata saya asyik melihat gelagat mereka berdua... Dan pandangan saya sering kali bertemu dengan gadis pelancong itu.. hihihi.. Saya hanya menghulurkan senyuman sahaja :) Termalu sendiri...
Tiba-tiba saya terlihat ada air mata yang jatuh dari gadis melayu itu.. Mengalir laju.. Gadis itu mengesat air matanya.. terus laju mengalir.. matanya masih merenung skrin 'handphone' nya.. Sesekali dia memicit-micit pula kepalanya.. Mata saya tidak berkelip melihatnya.. Apakah yang bersarang di hatinya?.. Macam-macam yang bermain di fikiran saya.. Sakitkah dia?... Ada hal kecemasan kah?...
Kemudian, gadis pelancong di sebelahnya itu merenung wajah gadis melayu itu.. Dia mengeluarkan tisu dari beg sandangnya, lalu dihulurkan kepada gadis melayu itu.. Oh, sungguh, hati saya tersentuh melihat adegan itu.. Sungguh prihatin gadis pelancong itu!
Gadis melayu itu hanya mengambil tisu itu tanpa berkata apa-apa.. Lalu, dia mengesat air matanya.. Setiba di Stesen Bandar Tun Razak, gadis melayu itu bangun.. Mungkin sudah sampai ke destinasinya.. Dia menoleh ke arah gadis pelancong itu, dan mengucapkan 'thank you' sambil tersenyum.. Gadis pelancong itu membalas senyuman itu,..
Walau apa pun yang berlaku pada gadis melayu itu, saya harap dia tabah untuk menghadapinya. Ada sesuatu yang dia pendam di dalam hatinya.. Dia keluar dari train, dengan tergesa-gesa..seperti ada sesuatu..
Dan kepada gadis pelancong itu, saya amat terharu dengan keprihatin awak.. Dan awak sentiasa tersenyum di dalam train, membuatkan mata saya mahu terus melihat wajah awak ketika itu :)

Air mata membawa pelbagai maksud.. Air mata gembira.. air mata kedukaan... Pergilah air mata kedukaan..Tinggalkan saja air mata kegembiraan...
Ros.reeza
27 Comments
baik sungguh hati gadis pelancong tu..
ReplyDeleteyerla, baik hati pelancong tu..
ReplyDeletebaiknya pelancong 2..buat gadis melayu 2 semoga tabah menghadapi dugaan yg dia lalui
ReplyDeleteBaiknyee hati diaaaa!
ReplyDeletesemoga jadi contoh pada kita....
ReplyDeletemcm2 ragam kan kita jumpe klu naik pengangkutan awam :) tp yg ni mmg jrang dpt tgk.pelancong bg tisu kat orang.huhu.ptt di teladani klu gini
ReplyDeletesukanya kalau jumpa strangers macam tu kan..
ReplyDeletetp kalau saya mesti tak boleh nak hulur tisu..sbb mmg takde tisu dalam beg T_T.. lepas ni kena bawak tisu!
itu lah kehidupan kan, kadang akak pun suke tgk gelagat manusia time kt dlm bas, dlm lrt or kt supink complex....
ReplyDeletesemoga air mata itu bukan airmata kesedihan...
ReplyDeletebaik pelancong tu...mmg prihatin betul dia
ReplyDeleteassalamualaikum rose....mesti ada sesuatu yg berlaku tu sebab dia nangiskan...:)
ReplyDeletesweet..
ReplyDeletesweet!
ReplyDeleteSalam Ros, akak baca entry ni, seolah2 akak jadi awak, feeling la baca cite kamu ni dik...
ReplyDeletelove this entry.. suka ayat yang last tuh..
ReplyDeletetersentuh juga saya baca entry awak ni.. so sweet. =)
ReplyDeletesungguh baik hati di gadis pelancong itu..kann susah nk jmpa org yg prihatin mcm tu skrg nie hehe..
ReplyDeletebaik nye die.....=)
ReplyDeletesweetnye pelancong tu... ada naluri yg patut kita contohkan..
ReplyDeleteselamat hari raya kak ros.. maaf zahir batin yaa :))
mcm drama...bila jadi di alam realiti memang x sangkan kan??
ReplyDeleteselamat hari raya =)
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html
moga gadis melayu tu tabah walau apepown yg berlaku...
ReplyDeletegadis pelancong tu baek lah:)
entry yg menarik. sweet ... ^^
ReplyDeleteBaiknya gadis pelancong tu.
ReplyDeletesaya pulak sedih baca entry ni :'(
ReplyDeletesedih je baca ;)
ReplyDeleteA very impressive article. Well prepared. Very motivating!! Go off on to facilitate way
ReplyDeleteLove your blog, in fact arrived by checking yahoo and google for a comparable issue to this post. Which means this might be a late post nevertheless keep up the great work.
ReplyDelete