Sinopsis Drama Kampung People 2 di TV3

Sinopsis Drama Kampung People 2 di TV3. Assalamualaikum. Semua ternanti-nanti drama Kampung People 2 kan. Dengarnya penggambaran telah pun dimulakan. Haritu terhenti seketika bila negara kira dalam PKP.







Wahhh Cik Rose pun tak sabar sebenarnya nak tunggu Lailer. hihi. Memang minat dengan watak Lailer yang giler-giler dengan broken englishnya tu. 

Drama Kampung People 2 yang sedang menjalani penggambaran ini juga bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu. Adibah Noor jadi mak kepada Minah Selamat (Mona) gitu. 
Kiranya mak Elly Mazlein lah. Emm watak baru. Bertambah happeninglah drama Kampung People 2 ni nanti! 




SINOPSIS KAMPUNG PEOPLE 2


Memaparkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.





SINOPSIS KAMPUNG PEOPLE

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. 

Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. 

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.





PELAKON : Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Shahkimin, Azwan Razali


2 comments:

  1. Oh, ingatkan ada jalan ceritanya. huhu.

    ReplyDelete
  2. tak follow citer ni.. tengok sikit2 je snipet
    mana yang orang share kat FB ke atau di utube.. hehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.