Selamat pagi semua.. Hai, apa khabar hari ni?.. Moga semuanya sihat belaka ye :)

Eh, kenapa tajuk kat atas tu?.. haa.. hari ni nak cerita tentang INSTAGRAM.. Mesti ramai yang dah tahu kan, eh tak.. Mesti SEMUA dah tahu kan?.. Even budak-budak sekolah rendah pun dah guna benda ni kan?.. Maklumlah, zaman teknologi sekarang ni.. Bak kata Kristal, 'Zaman kini serba pantas. Lambat sikit kita 'kan dipintas. Takkan nak sampai mimpi. Baru nak kau fahami'...  hihihi..ada kena mengenakah ini?..

ok, nak pendekkan cerita je ni.. Kat bawah ni ada info sikit tentang INSTAGRAM ni yang saya cari kat google...



Instagram adalah sebuah aplikasi percuma dari iTunes yang fungsi utamanya sebagai tempat untuk menambah gambar-gambar. Aplikasi ini boleh digunakan melalui alat alat seperti iPhone, ataupun iPod yang mempunyai versi iOS 3.1.2.

Instagram dibangunkan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger yang tergabung dalam syarikat yang telah mereka kembangkan sendiri iaitu, Burbn, Inc.

Kegunaan Instagram tidak hanya untuk berkongsi gambar saja, melainkan juga untuk menyunting foto-foto yang mempunyai 16 kesan yang boleh digunakan untuk menyunting gambar. Dengan aplikasi Instagram, foto-foto anda boleh dimuat naik melalui rangkaian sosial seperti facebook, twitter, foursquare, flickr, dan juga posterous.


Sebenarnya, saya pun baru je berjinak-jinak ni.. hihihi.. baru malam tadi try benda ni, dan baru ada satu je gambar .. hihihi... Gambar dia boleh jadi cantik bila tenung lama-lama.. hihihi..


p/s : kawan-kawan dah ada akaun Instagram ni?...



Ros.reeza