RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA YANG SEDAP |
Ni cerita Sabtu lepas.. Kawan suami Cik Rose pergi memancing. Alhamdulillah.. Dapat 3 ekor ikan siakap. Dan kawan suami minta suami Cik Rose yang masakkan. So, apalagi ikan siakap kan dah sinonim dengan 3 rasanya. Bab ikan ni, suami Cik Rose yang uruskan, termasuk menyiang sekali. Cik Rose part masak nasi je hari tu. hihi.. Memang Cik Rose suka masak, tapi sendiri akui ada jenis masakan yang suami  masak lagi sedap. Hihi. Contohnya ikan siakap 3 rasa ni lah :)

Sebelum Cik Rose selitkan resepi, kita tengok gambarnya dulu :



Dah tenggelam ikan tu, tak nampak dah kan..  Cik Rose coretkan  resepi ni, untuk ingatan sendiri jugak. Mana tahu masa ke depan nanti Cik Rose nak masak, tiba-tiba tak ingat bahan dia, boleh refer kat blog sendiri je :)

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

2 ekor ikan siakap ( dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Goreng hingga garing dan ketepikan.

Bahan-bahan sosnya :

5 ulas Bawang putih -dikisar
3 biji Bawang besar - dikisar
Halia ( suka letak banyak, ikut suka ye)
3 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Sos cili - Agak-agak banyak mana
3 batang cili merah (dikisar.)
2 batang serai ( dipotong halus)
Cili merah (dipotong )
Cili Merah (dikisar)
Nenas ( dipotong kecil)
Timun( dipotong kecil)
Bawang besar ( dipotong bulat)
Daun limau purut
Gula
Garam

CARA- CARA :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar bersama.
2. Bila bawang dah garing, masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.
3. Masukkan cili merah yang dikisar pula.
4. Bila cili dah masak, masuk sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak. Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan air.
5. Masukkan nenas, serai yang dipotong halus dan daun limau purut.
6. Kemudian, boleh masukkan timun dan bawang besar. 
7. Akhir sekali boleh masukkan garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika. 
8. Bila dah masak, boleh tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi..

Simple kan :)

Selamat mencuba. Memang sedap! Aih, puji suami sendiri pula. Yelah sape lagi yang nak puji kan, mesti isteri sendiri. hihi :)

Kalau makan di kedai makan pun, Cik Rose lebih suka minta siakap tiga rasa berbanding stim. Mungkin stim tak kena dengan selera kot. Lebih gemar tiga rasa.