ESPRESSO MACHIATO | Jangan salah pilih kopi! |Selamat pagi semua.
Hari jumaat lepas, saya singgah ke Restoran Secret Recipe bersama suami. tekak ni teringin nak makan kek chocolate indulgence kat situ.
Bila dah sampai, saya pun order la kek tu. Suami order kuih popia dan air epal kasturi. Saya pulak tengok la menu nak order air panas. Maklumlah tengah demam dan batuk-batuk kan. Sekali orderla air "espresso machiato". order yang regular je.
Sekali sampai, inilah dia airnya.
Nak tahu apa tanggapan pertama kami berdua?.
hihi.. cawannya amatlah comel. kecik sangat tau. Suami saya cakap, ni sekali hirup je ni. Yang saya pula tak habis ketawa. sebab terkejut cawan dia kecik bebeno. hihi..
Suami saya pun apa lagi. Minumlah. sekali tengk mata dia terpejam pastu terus letak balik. Beliau suruh saya pulak rasa. nak tahu apa rasanya? pahit sangat, rasanya sampai ke kepala tau. tak boleh masuk kat tekak. hmmm...
patutlah cawannya kecik aje. minum memang tak habis. hihi.. Ada tak yang pernah minum air ni? memang pahit macam ni ke rasa dia?. memang tak ada gula ke?.. Sebenarnya saya ni memang penggemar kopi. Tapi yang macam ni memang tak tertelan dek tekak tau. huhuhu... Saya makan di Secret Recipe Aeon Tebrau, jb.
Yang ni sedap ♥♥
p/s : Gambar tuan blog tak ada ye kali ni :)
Updated : Espresso Machiato memang pahit. Cara minumnya, kena hirup terus dan bukanlah diminum sedikit demi sedikit. Kalau minum espresso machiato ni, mata boleh tahan lama. Kihkih. Maksudnya tak mengantoklah :)
17 Comments
mmg pahit sikit air tu
ReplyDeleteHehee..fiqah penah nampak ada org minum dlm cawan kecik sgt, masa tu kat Starbucks..agaknya org tu pn minum air espresso ni la ek..tp espresso mmg kopi yg paling pahit dlm adik beradik kopi..at least u dah try..heeee ;)
ReplyDeleteMujur dia bagi kecik kalau besar langsung membazir Ros
ReplyDeletealahai mmg kcik sgt lah cwn dia..
ReplyDeletememang pahit pon.... huhuhuhu
ReplyDeletexsedap...
hehehe ptt lah dia bg skit je kn, nthla akak tak penah try kot... kalu penah pun kopi starbuck tu pun sbb ada kwn yg keje situ n dia yg akan terangkan apa rasa kopi itu or kopi ini... ehehehh
ReplyDeletepopia tue sedap
ReplyDelete@abah khalishabukan pahit sikit dah tu abah khalisha.. ni dah tahap pahit giler.... huhu
ReplyDelete@L.O.V.E.P-QaHyup. Itulah first and the last time Ros minum.. dah serik.. hihi
ReplyDelete@Kakzakiebetul kak. Memang membazir.. huhu. Rasa sikit je kat lidah.. rm6.80.
ReplyDelete@are_lin@yua'.. macam cawan mainan pun ada.. hihi
ReplyDelete@C.M.A @ CikMoonAdnanbetul mun.. tak sedap kan. Mun pun dah rasa ek?
ReplyDelete@norhidana miswanoo ada kawan boleh dia bgtahu kan yg mana sedap kan.. :-)
ReplyDelete@Mrs Velentineyup memang sedap. Makan panas panas masa tu.
ReplyDeleteros dah berisi kot..
ReplyDeletesuka suami yer sejak pindah dok skali kan ;)
:) tak pernah try lg minum tu..tp xleh dh minum cafein ni..pening2x.. :)
ReplyDeletesha xpena lg makan d SR heheh
ReplyDelete