MAKAN SCONES SEDAP DI TAMAN MERDEKA JOHOR BAHRU


Semalam saya ada letak gambar ni kan :


Lebih kurang 2 minggu lepas saya gi LITTLE EARTHKU yang terletak di Taman Merdeka, Johor Bahru. Orang JB mesti tahu kat mana kan. Ala, tempat orang jogging tu. Kedai ni bukan kat tepi jalan yang ada restoran tu tau. Dia terletak kat tengah-tengah taman tu. Memang indah je suasana kat situ, lebih-lebih lagi kalau nak  bersantai dan "girls talk"... Haa gitu.. Dekorasi kedai ni memang best. Ala-ala english style la kan.. Jom tengok sikit gambar yang saya sempat ambil..

Kat bawah ni saya ambil di tepi kaunter penyediaan makanan. Tertera segala menu makanan dan minuman. Siap ada novel-novel Inggeris. Memang sesuai nak relax-relax kan.. Dengan bunganya lagi. Memang cantik!


Ni pula dekorasi kat satu sudut yang lain. Cuba tengok tea tu. Haa, itulah tea yang digunakan.


Tadaa... Inilah dia scones tu. Memang sedap. RM 7 untuk satu set. Memang puas hati. Kawan saya yang order ni. Dia memang penggemar scones. Dan kata dia, ini adalah antara scones yang tersedap dia pernah rasa :) Haa, cuba bayangkan. Saya pula sebelum ni tak pernah rasa scones. So, tak tahu macam mana rasa yang sedap bagi sesuatu scones. hihihi..


Saya pula pilih muffin. Chocolated Muffin with frozen topping. Wah gitu, nama nak glameress aje.. Hihi.. Topping tu bukan cream tau. Topping to chocolated. Memang sedap. Muffin coklat tu penuh rasa coklat yang tidak memuakkan kita. Siap ada coklat lava lagi dalam tu. Eh, sedaplah! Saya makan tu tanpa mempelawa kawan saya. Aduhai, sorry ok Kak Isma.. Tak sedar, tiba-tiba dah habis. hikhik.
Air pula saya order hot coffee a.k.a kopi panas. hahhaha.. Nak jugak cakap omputih! Kawan saya order kopi ais .



Memang puas hatilah pergi sana. Layanan pun mesra.. Owner dia sendiri yang layan dan sediakan makanan tu. Owner dia yang buat sendiri tau. Tak ada pekerja. Segala makanan pun memang owner dia buat sendiri. Masa kitorang pergi dah lewat petang, lebih kurang 6 lebih. So, dah banyak makanan yang habis. Macam brownies la, cheese cake dan lain-lain.. 

So, oleh kerana servis tip top, makanan pun best, mungkin akan ulang pergi lagi lain kali. hihi.. 


Post a Comment

32 Comments

  1. susah nak cari scone kat sini..tambah yang sedap, lagi la..huhu

    ReplyDelete
  2. cantiknya deco. teringat makan scone sedap kat Cameron Highland

    ReplyDelete
  3. nice deco la kat situ..english style..cantik!

    ReplyDelete
  4. dah lebih 10 tahun dok JB, hanya tau Taman Merdeka Melaka jerk ngeeee

    ReplyDelete
  5. wah.. menariknya. sangat vintage. saya suka >.<

    memang wajib datang sini nanti.. in shaa ALLAH. mekasih kak Ros share. hehe

    ReplyDelete
  6. oh, saya tolong klik iklan2 kat sini juga. hehe

    ReplyDelete
  7. ayu bukan pengemar scone..
    tapi comell je kedai tu
    english style
    i loikke

    ReplyDelete
  8. xpernah makan lg scones.teringinnyaaa! haih bila dapat rasa ni.


    #JalanJalanKlikIklan

    ReplyDelete
  9. saya tak tahu kat mana tempat ni tapi..akan tanya en.suami..nak pegi sini jugalah..

    ReplyDelete
  10. sesekali turun jb nak gak merayap ke tpt ni ...

    ReplyDelete
  11. Kalau ke JB nanti harus singgah la kat tempat ni..

    ReplyDelete
  12. oh...lama tak makan scones..rindu pulak nak makan

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum.... Roshazareeza ,

    ooo dekat dengan rtm tu kan... dekat sesangat dengan tempat mselim3 keje.. dulu function jab.pernah buat kat sini.. makanan sedap dan terbaik.

    mselim3

    ReplyDelete
  14. wow..!! CT sukaaa kedai kedai cute cem ni.

    ReplyDelete
  15. waaaa deco2 pun dh english style, kedai dia pun ala2 mcm kedai mkn omputih kt oversea, best2....

    ReplyDelete
  16. saya tak pernah makan scones...tapi tengok kedai tu serous menarik sangat..

    ReplyDelete
  17. berniaga ikhlas baguslah..hehe..harap2 bisnes maju walau kedai kecil.tp strategik jga kat tgh taman kan..hehehe..sya dlu berangan2 nak buka kafe ala2 english lbh kurang mcm ni,simple tp kemas

    ReplyDelete
  18. scones.. kalau tak silap saya, antara roti dan kek... kan? eh saya suka la suanan ngopi dalam tman lagu ni.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah makan scones. Tgk gambar pon saya xtau macam mana rasa dia. Kak ros kena terangkan rasa dia pulak pasni. Hehe. Seronoknya kedai tu :)

    ReplyDelete
  20. plate yg di gunakan pun cantik

    ReplyDelete
  21. Hmmm, tak ingat bila kali terakhir akak makan scones...

    ReplyDelete
  22. kalau scones nya x yah susah susah naik kemren..
    mcm best je kan dlu tak da lagi kot.rasanya ke ciksu yg tak pernah singgah. hihi

    ReplyDelete