Al kisahnya saya baru langgan astro dalam 3 bulan yang lepas. Kan baru pindah jb kan. Bil untuk bulan pertama dan kedua, ok je sampai. Tapi untuk bulan ketiga tak sampai-sampai. Patutnya sampai dalam 21-30 Disember. Sebab saya punya akaun, pihak astro akan keluarkan bil pada 20 hb setiap bulan. Ni dah sampai hujung bulan satu tak dapat-dapat lagi. Saya risau la kan. Takut kena potong. Nanti dia cas lagi untuk penyambungan semula. Saya pun call la astro. Dah la ambil masa yang lama untuk bercakap. Dengarlah dulu segala macam iklan tu. Bila dah dapat cakap, saya pun bagitahula kan. Dia kata memang dah hantar. Dia ada tanya nak dia hantar semula ke bil tu melalui emel? saya pun bagi alamat emel. Pastu terus letak telefon. Habis dekat 5 ringgit kredit.  Bukalah emel. Memang ada bil nya. Tapi tak boleh nak buka bil tu. dia mintak password. Emm, mungkin dia terlupa nak ajar saya macam mana nak buka emel tu. 

Keesokkannya, saya ada dapat sms dari pihak astro. Yang berbunyi " akaun astro anda telah tertunggak. Sila jelaskan segera untuk mengelakkan gangguan siaran". hihi. ok,astro saya jelaskan ye.



p/s: Masih nak bil melalui pos. Tak nak tukar ke online.