Kerja banyak hari ni.. Tapi, tak boleh nak tumpu perhatian.. Sakit gigi lagi.. Aduhai.. Berulang lagi.. Dari pagi semalam.. Mula -mula tahan je. Petang semalam, makan ubat tahan sakit pula.  Pagi ni sakit lagi.. Nak makan ubat lagi ke ye?.. Mesti ada yang kata, pergilah klinik, cabut. Habis cerita.. huhu.. Tapi, TAHUKAH ANDA. Gigi saya yang dok sakit ni, gigi depan belah atas. Yang gigi arnab tu.. Takkan nak cabut kot?.. Nanti bertambah comellah saya.. hihihi.. Camner ni kawan kawan?..
 
Ok, meh saya nak cerita sejarah gigi saya yang sakit ni..
 
Mula-mula, rasa ngilu je gigi ni.. Pastu, masa tahun 2009, sakit sangat. Gi klinik swasta. Doktor tu bagi 2 pilihan. Pertama, cabut, dan pakai gigi palsu yang sebatang tu. Kedua, buat rawatan akar. Ok, dia bagi ubat tahan sakit. Temujanji seminggu kemudian. Balik rumah dok pikir. Nak cabut, memang tak lah.. sayang... Pasal rawan akar tu, dok tanya ramai orang kat opis masa tu. Kebanyakkan kata jangan buat. Keputusannya, memang tak pergi dah temujanji ngan doktor tu. Sebab dah baik dah sakitnya,  makan ubat tu kan.. Lagipun, mahallah klinik swasta..
 
Pastu masa tahun 2010, sakit tu berulang lagi.. Sakit sangat masa tu. Saya pun pergilah klinik gigi angkatan tentera punya, kat MINDEF. Doktor tu tampal gigi saya. Tampalan dia warna putih. Secoet je..  Dia kata masih elok, sayang. Tak perlu nak buat rawatan akar atau cabut. Bila saya cerita, apa yang doktor swasta tu cakap, Doktor ni kata, biasalah .. Kalau tampal, sikit je bayarannya kan kat swasta berbanding gigi palsu atau rawatan akar. huhu.. Nasib baik, tak pergi dah temujanji tu.. Selamat gigi saya..  Alhadmulillah, dah tak sakit..

Tapi, masih berulang lagi pada tahun 2012. Tak pergi klinik pun.. Hanya makan ubat yang beli kat farmasi je..

 
Kini, tahun 2013. Sakit balik gigi ni. Apa yang harus saya lakukan?..
 
Selagi boleh tahan, tahan je. Kalau tak tahan nak gi klinik jugak ni.. Rasa macam mebengkak je gusi ni.. Tengok cermin, ok je.. huhu..
 
 
 
Menaip entry ni, sambil menahan kesakitan.
 
 
Ya Allah. Sembuhkanlah sakit gigi ku ini..