20 APRIL 2013 : PENAMAAN CALON BAGI PRU 13



Esok, 20 April 2013, hari Sabtu merupakan hari penamaan calon bagi pilihanraya ke 13. Seperti semua sedia maklum, hari pengundian jatuh pada hari Ahad, 5 Mei 2013. Mesti semua dah tak sabar kan? Saya pula, kali pertama berpeluang nak mengundi. Yeay...dah cukup umur. Masa tahun 2008, tak layak lagi . 

Anda mengundi di mana? Saya mengundi di Sungai Petani, Kedah. Aduhai...jauh le pulak. Sekarang ni kan saya duduk di Jb. Tak tukar pun alamat mengundi hari tu. Sebab ingatkan saya akan mengundi pos kerana suami saya tentera. Rupanya nama saya masih tiada dalam sistem untuk undi pos. Maka, saya kena mengundi kampung la nampak gayanya. Tapi, tak tahu lagi dapat balik ke tidak. Ikut hati memang nak balik.. Orang kata, sambil menyelam minum air sekali kan.. hihi. Maksudnya kalau balik kampung untuk mengundi, bolehlah lepaskan rindu pada mak ayah dan family :-)
Tiket bas pun tak beli lagi. Ada lagi ke tiket ye? Kalau jadi balik, duduk dalam bas 12 jam la nampak gayanya... 

Ingat, tunaikan kewajipab anda sebagau rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. Undi adalah rahsia :-)


Eh, dapat tak cuti tanpa rekod untuk penjawat awam hari Isnin, 6 Mei? Oh, mintak-mintaklah dapat. Jauh perjalanan saya tau.. 



Post a Comment

6 Comments

  1. saya mengundi di kelantan la. senang takyah balik2 kg lg mcm dulu. huhu..

    ReplyDelete
  2. selamat mengundi kak..=D
    husna x cukup umur lg..bru 20..=P

    ReplyDelete
  3. Baru tau kelmarin penamaan calon (^_^)

    ReplyDelete
  4. saya pon mengundi Parlimen Sg. Petani, Dun Bakar Arang...pusat mengundi kek Sek Sin Min Tmn Keladi...x sabo rasonyo nak blk mengundi..hrp dpt laaa cuti utk kakitangan awm...klu x, punah laa cuti thn sehari...

    ReplyDelete
  5. PRU dah mcm nk blk raya plak kan..selmt mengundi dear.. ;)

    ReplyDelete