Tuesday, July 02, 2013

PETUA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH



Ok, petua ni saya dapat dari FB Persatuan Ibu -ibu comel Mengandung.. Comel tak?.. Comelll Kak Ton !.. Eh, tetiba Kak Ton pun terlibat dalam ini cerita :)


Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Mesti tak sabar nak  sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.


Haa, macam mana?.. Ada tak yang pernah try petua kat atas ni?.. Jangan tanya saya. hihihi.. Mana ada pengalaman kan.. Tapi, berdasarkan pengalaman kakak saya, ikan haruan tu memang betul. Memang cepat sembuh..


p/s : Masih menanti rezeki itu.. Doakan untuk saya ye kawan-kawan moga dimurahkan rezeki untuk bergelar ibu.. Aminn..

12 comments:

  1. insyaallah kalau ada rezeki allah bagi .. saya doakan moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. time akak dulu mkn ikan haruan ngn minum jel gamat, pastu mkn oren... maklum akak kene caesar dulu

    ReplyDelete
  3. saya dulu makan pati ikan haruan poleny... plus saya buat sendiri manjakani blend letak dala sarung pil tu (boleh beli di farmasi) lepas tu mkan 2 biji setiap pagi dan petang...

    jgn putus asa... sentiasa doa pada Allah kerana Dia maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita... saya pernah tulis entri di sini...

    http://dialoguda.blogspot.com/2013/03/petua-dan-doa-mendapat-zuriat.html

    ReplyDelete
  4. @norhidana miswanye, macam kakak Ros la.. tapi dia tak lalu nak makan ikan haruan, dia makan pil ikan haruan..

    ReplyDelete
  5. tak biasa bt lgi..nti akan datang nk cuba ikan haruan tu..hee..time kcih ye..=)

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. nnti boleh la rujuk sini.. deqla doakan moga ada rezeki anak tu utk kita ye.. ;)

    ReplyDelete
  7. inshaAllah.. pasti sampai rezeki tu.. yg penting usehe jgn putus ase..

    ReplyDelete
  8. jgn putus asa ek.. InsyaAllah ada rezeki ros... petua yg lain sy tak pernah try lg, sy dulu byk mkn ikan haruan je..

    ReplyDelete
  9. ssma-sama kita doakan k
    ikan haruan ciksu tak mkn la.acner la nnti ka

    ReplyDelete
  10. tq share petua2 nya ros..
    m3h amalkan pil haruan dgn sapu ubat kuning yg spital bg

    ReplyDelete
  11. wah petua bagus ni...nnt boleh cuba klu ada rezeki baby lagi

    ReplyDelete