Ok, ni sambungan dari entry Percutian Singkat Ke Pulau Langkawi. Sebab entry tu macam dah panjang je kan. Jadi, saya buat Part 2.
Perjalanan bermula pukul 2 petang dengan menaiki bot. Masa ni, ada 5 family la termasuk kami.. Semuanya dari negara luar. kami je dari Malaysia. 2 family dari Negara China, satu pasangan omputih, dan 3 sekawan dari Pakistan/Kazastan( tak pasti),.. hihi.. Lebih kurang dalam 15 orang la satu bot termasuk kanak-kanak kan..
Pertama sekali, kami menuju ke Pulau Beras Basah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.. Subhanallah.. Amat indah ciptaan Allah.. Suka saya melihat laut yang terbentang luas, dengan gunung-ganang, ombak lagi.. Tapi kan, saya ni jenis penakut sikit. Dahlah, tak pandai berenang kan. Macam-macam la terbayang. Dalam hati, tak henti-henti saya berzikir dan mengucap.. Alhamdulillah, perjalanan kami semua lancar masa tu. Tapi, kawan-kawan jangan takut tau.. Kita semua akan diberi jaket keselamatan untuk disarung :)
Bila dah sampai ke Pulau Beras Basah tu, kitorang diberi masa satu jam. Tak kisahlah nak buat apa kan. Nak mandi-manda ke.. Nak bergambar ke.. Kat sini, saya nak bagitahu la. Kat Pulau Beras Basah ni tak ada tandas tau. Juga tak ada kedai ke apa ke.. Jadi, kalau nak ehem, ehem, Sila tahan dulu. heee.. Dan sebelum naik bot tadi tu, beli siap-siap air atau makanan ringan kat Jeti Pulau Langkawi tau..
Memandangkan, kami tak bawak baju kan, jadi kami hanya bermain di gigi air je lah.. Wah, ayat.. heee..
Inilah keindahan Pulau Beras Basah.. Memang cantik airnya. Belum tercemar lagi.. Kalau dapat mandi, memang syoklah :)
Dan sempat lagi saya mengukir nama kami suami isteri di pasiran pantai.. Ala, konon-konon nak sweet la kan.. hihi.. Bila lagi kan nak buat macam ni.. Dah ada peluang, terus lukis tanpa mempedulikan orang sekeliling. Ecewahh...
~~ Ros dan Sabri ~~
Ok, seterusnya kami dibawa ke Pulau Singa Besar untuk melihat Burung Helang. Sebenarnya, dulu kita boleh bagi burung helang tu makanan. Tapi, atas sebab-sebab keselamatan, sekarang ni dah tak boleh.. Kita boleh tengok je la.. Memang banyak tau. Nak ambik gambar pun macam takut-takut je saya. Ye la, kita duduk dalam bot di tengah-tengah lautan la katakan. Bila nampak Burung helang tu terbang ke arah bot kitorang, dengan spontan saya tundukkan kepala. heee. Penakut sangat!.. Tapi, memang seronok tau.. Nampak dekat-dekat.. Hebatnya ciptaan Allah..
Ni antara gambar yang sempat saya ambil :)
Helang tu nampak kecik je, al maklumlah ambik gambar tak zoom.. hihi.. Bila helang tu terbang dekat, memang tak ambik gambar sebab sibuk tundukkan kepala.. Helang ni terbang bukan slow tau. Kalau dia dari atas, nak ke bawah, zuuppp dia terbang . Laju. Memang banyak helang kat sini..
Setelah tengok burung helang, kami di bawa ke pula ke Pulau Dayang Bunting. Part ni yang seronok.. Sebab keunikkan sejarah Pulau Dayang Bunting ni.. Semua tahu kan?..
Gambar ni saya ambil dari web KOSMO. |
Ok, kat sini saya share sikit apa yang tertulis kat papan atas tu :
Menurut legenda tempatan, ia bermula bila seorang teruna bunian bernama Mat Teja telah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan seorang gadis bunian bernama Dayang. Dengan bantuan air mata duyung yang disapu ke wajahnya, Mat Teja telah berjaya memenangi hati Dayang. Hubungan cinta mereka yang intim dan romantis menjadi lengkap dengan buntingnya si Dayang.
Dayang kemudian mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan TDB untuk bersalin. Setelah genap 9 bulan, Dayang yang bunting telah melahirkan seorang anak tetapi malangnya anak tersebut meninggal dunia selepas tujuh hari dilahirkan.
Disebabkan berasa terlalu kecewa dan sedih, Dayang mengambil keputusan untuk menyemadikan anaknya ke dalam tasik. Setelah peristiwa tersebut, tasik ini telah dinamakan TDB sebagai tanda simpati orang ramai kepada pasangan malang ini.
Ok, yang uniknya kan, di tengah-tengah laut masin, tiba-tiba ada tasik air tawar, yang dikelilingi batu kapur. Itulah ciptaan Allah.. Subhanallah.. Indahnya...
Namun, menurut dari segi geografi pulak, Tasik Dayang Bunting terbentuk kerana lekukan hasil hujan yang turun yang telah mengenai Gua batu Kapur tu.. Jadi, air di tasik dayang bunting tu adalah hasil dari air hujan yang dipisahkan oleh gua batu kapur tu lah..
Inilah gambar yang sempat saya ambil. Yang dikatakan menyerupai perempuan mengandung yang sedang berbaring...
Bila dah sampai kat Pulau tu, kita kena naik tangga tau nak sampai ke Tasik tu.. huhu.. Memang penat la.. Banyak anak tangganya tau. Memang menduga kekuatan fizikal .. heee..
Dan sepanjang laluan ke sana, memang banyak monyet. Jadi, janganlah bawak beg plastik ye.. Nanti kena kejar ngan monyet -monyet tu.. Berebut makanan :)
Kat bawah ni, saya sempat ambik gambar seekor monyet yang tengah menjamu selera. Makan petai lagi tu.. hihi.. Memang dia tak pedulikan orang yang lalu lalang dah tu.. Kalau mak mertua dia lalu pun, dia tak sedar... hahahah.. Betapa nikmatnya dapat makan petai.. hihi..
Oh ye, gambar di tasik tak sempat saya nak ambik tau.. memang dah tak ingat camera dah masa tu.. Melayan kepenatan la katakan. hihi.. Terus duduk main-main air je.. Dan ada satu pesana kalau aanda ke sana. Ada satu papan tanda yang besar tau. Dia tulis, tolong berhati-hati walaupun anda seorang perenang yang handal. Yelah, tempat macam ni kan, kena hati-hatila kan :)
Dalam pukul 6 macam tu, kitaorang naik bot bergerak semula ke Jeti Pulau Langkawi. Alhamdulillah, dalam pukul 6.30 petang macam tu kitorang sampai..
Apa lagi, berlari lah ke Jeti nak naik feri.. hahaha..
Walaupun percutian ni singkat sangat, tapi amat menyeronokkan bagi saya.. Satu kenangan yang indah bagi saya dan tak mungkin saya lupakan...
Saya syorkan, silalah datang ke Pulau Langkawi.. Dapat menerokai alam semulajadi. Janganla pulak datang Langkawi, tujuan nak shopping je.. hihihi..
Memang best tau.. Kalau diberi peluang , saya nak lagi ke sana :)
17 Comments
Cantiknya pemandangan pulau
ReplyDeletememang indah ciptaan allah..
ReplyDeletebest nyer gi cuti2 malaysia ni..
rasa tak sbr nak p..hihi
ReplyDeletebestnya melawat pulau.. cantik2 view kat situ kan.. someday kena pegi jugak la.. harap2 tak mabuk laut.. hehe..
ReplyDeletebestnye pegi pantai. Jue pun ada plan nak pegi bercuti di langkawi bulan 10 nanti. Tapi tak pasti jadi ke tak...
ReplyDeleteMesti best nie.
ReplyDeletewaa sangat adventure ni, cantik pulau2 tu, harap2 ummi pun dapat naik boat dan pusing2 pulau macam tu satu hari nanti..
ReplyDeletewahhhh bestnya sy mmg dr dulu psg niat nak pi x pi pi pon lagi padiaaaa ckp utaghaaa~
ReplyDelete;p
aloo...sedih ah tak sampai sini lagi....hekhek
ReplyDeletebestnyer dye kan :-)
banyaknye helang..mun xpernah lagi sampai sana..
ReplyDeletesalam.. singgah & folo sini..
ReplyDeletesudi sudi ke umah kita:
warnawarnithecolorz.blogspot.com
>__<
langkawi mmg best...suka3
ReplyDeleteMng teringin nk p gak..dah ada dlm perancangan..siap nak mandi sekali..hehehe
ReplyDeleteAs-Salam
ReplyDeleteCuti yg singkat to mmg sempoi kan..
Sib bail sampai ngam2 630 kan lay talk acaner LA nk balik.. hihi
Masalah ticket Dan beli kan
Info yg menarik.. boleh ciksu refer anti.thanks ros :)
wahhhh..rindunya ain kat langkwi ,lama dah xbalik sana huhu..
ReplyDeletekak fifi da due kali pergi island hopping.. syok g dayang bunting.. tapi tak tahan nak naik tangge..
ReplyDeletesyoknye.. ala2 honeymoon gitu.. best je tgk.. kalo dpt pegi ni bestnyeeee
ReplyDelete